CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1741|Reply: 0

Indonesia ke pusingan 16 terbaik adalah perkara 'gila'-Jordi Amat

[Copy link]
Post time 27-1-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Jordi Amat

Doha: Tonggak Indonesia Jordi Amat menyifatkan kejayaan pasukannya melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Asia adalah satu perkara yang 'gila'.

Jordi yang juga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) melihat Indonesia berjaya mencipta sejarah dengan menentang pasukan gergasi Asia iaitu Australia pada 28 Januari ini.

"Kamimencipta sejarah. Ini sungguh gila dan kami berhak untuk mendapatkannya walaupun berada di kumpulan sangat sukar namun masih berjaya mengatasi cabarannya.

"Kejayaan ini mampu dikecapi hasil daripada sokongan padu penyokong sepanjang kami mengharungi saingan peringkat Kumpulan D.



"Setiap pemain bekerja keras dan kami semua adalah satu keluarga. Bagi saya, semua orang memberikan yang terbaik untuk jersi ini.

"Kami sangat bangga kini dan sudah tentu akan memberikan segala galanya untuk pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023, malah saya yakin kami akan memiliki pertandingan lebih berkualiti," katanya menerusi bola.com.

Untuk rekod peringkat Kumpulan D, Indonesia tampil sebagai pasukan bukan pilihan apabila mereka menjadi negara kedua paling rendah daripada segi kedudukan ranking dunia untuk saingan ini.

Indonesia juga menjadi negara kedua dari Asia Tenggara mengiringi Thailand untuk ke pusingan 16 terakhir, selepas Malaysia dan Vietnam terkandas di peringkat kumpulan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ara-gila-jordi-amat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.148966 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list