CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1682|Reply: 0

Piala Asia: Harimau Malaya diberi sambutan wira

[Copy link]
Post time 27-1-2024 10:37 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyerahkan replika cek sumbangan bagi aktiviti dan program bola sepak negara 2024 pada Majlis Sambutan Kepulangan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Piala Asia, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

SEPANG – Skuad Harimau Malaya masih lagi diberi sambutan ‘wira’ selepas selamat pulang ke tanah air meskipun terkandas di peringkat kumpulan saingan Piala Asia 2023 sebentar tadi.

Sebagai bukti, kepulangan mereka disambut ratusan penyokong setia bola sepak negara yang menunggu di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta barisan kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hannah sempat memberikan moque cheque (cek replika) buat FAM bernilai RM5 juta seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Skuad Harimau Malaya berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila meraih mata pertama dalam pentas Piala Asia apabila mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E semalam.

Meskipun menamatkan saingan di kedudukan tercorot, prestasi Harimau Malaya wajar diberi pujian kerana menunjukkan peningkatan ketara berbanding ketika tewas bertemu Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1) sebelum ini.

Skuad Harimau Malaya dijangka ‘rehat’ selama sebulan sebelum kembali dikumpulkan pada kem latihan pusat menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada Mac depan.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... beri-sambutan-wira/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038498 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list