View: 1670|Reply: 0
|
Piala Asia: Peluang ke kelompok ranking 120 kembali terbuka
[Copy link]
|
|
ARIF Aiman Hanapi meledak gol kedua skuad negara selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk mendahului Korea Selatan 2-1 pada aksi kelmarin. - AFP
MISI Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memastikan skuad Harimau Malaya berada dalam kelompok 120 negara terbaik dunia kembali cerah selepas mengejutkan Korea Selatan dengan keputusan seri 3-3 kelmarin.
Keputusan tersebut menyaksikan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal menambah 12.30 mata sekali gus kedudukan ranking tidak banyak berubah berbanding posisi ke-130 dunia ketika ini.
Harimau Malaya dijangka berada di kedudukan No. 132 apabila senarai baharu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijangka keluar pada bulan depan.
Posisi skuad kebangsaan tidak mampu melonjak secara drastik memandangkan dipotong dengan mata yang agak tinggi selepas tewas dua perlawanan ke atas Jordan dan Bahrain pada aksi peringkat Kumpulan E sebelum ini.
Prestasi konsisten skuad Harimau Malaya antara yang paling meningkat sepanjang tahun 2023 sehingga mendapat pengiktirafan FIFA.
Berdasarkan ranking Disember dikeluarkan FIFA, ranking skuad kebangsaan melonjak 15 anak tangga berbanding awal tahun lepas untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata.
Namun, ranking rasmi hanya akan diketahui apabila FIFA mengeluarkan senarai baharu apabila saingan Piala Asia 2023 dan Piala Negara-Negara Afrika 2023 berakhir nanti.
FAM sebelum ini optimis skuad negara mampu berada dalam kelompok 120 negara terbaik dunia jika prestasi lebih konsisten dapat ditampilkan sepanjang aksi antarabangsa tahun ini.
Fokus skuad Harimau Malaya selepas ini terarah pada baki empat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang bakal diharungi pada Mac dan Jun depan.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... 20-kembali-terbuka/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|