CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7352|Reply: 0

Jepun layak, Indonesia perlu tunggu

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode


Penyerang Jepun, Ayase Ueda menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi Kumpulan D Piala Asia menentang Indonesia di Stadium Al-Thumama, Doha. - Foto AFP


DOHA: Jepun mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir selepas jaringan berganda Ayase Ueda memastikan kemenangan 3-1 ke atas Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Asia 2023 di Stadium Al Thumama di sini, malam tadi.

Penyerang kelab Feyenoord itu meletakkan juara empat kali, Jepun di hadapan pada minit keenam dengan sepakan penalti selepas kesilapan kapten Indonesia, Jordi Amat menghalangnya dalam kotak penalti.

Pengadil Khamis Al Marrien pada mulanya membenarkan permainan diteruskan sebelum merujuk kepada VAR dan tidak teragak-agak menghadiahkan penalti kepada Jepun.

Penguasaan awal membolehkan Jepun menekan Indonesia dan pemain sayap, Takefusa Kubo terlepas beberapa peluang terbaik untuk menggandakan kelebihan pada separuh masa pertama.



Pada minit ke-52 Ueda, yang tidak dikawal pemain pertahanan Indonesia, menjaringkan gol kedua peribadinya apabila menyempurnakan bola hasil hantaran pemain tengah Ritsu Doan.

Jepun meneruskan penguasaan dengan melakukan serangan oleh Ueda memaksa pemain pertahanan Indonesia, Justin Hubner menghadiahkan gol kepada Jepun apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-87.

Sandy Walsh berjaya mendapatkan gol sagu hati Indonesia dengan mengatasi penjaga gol Jepun, Zion Suzuki dalam masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan Jepun menamatkan peringkat kumpulan selaku naib juara, ketinggalan tiga mata di belakang Iraq yang mengumpul sembilan mata selepas mengalahkan Vietnam 3-2 dalam satu lagi perlawanan.

Indonesia yang berada di tempat ketiga perlu menunggu hingga tamat peringkat kumpulan esok untuk memastikan mereka layak sebagai empat pasukan terbaik di kedudukan ketiga.

Sementara itu, di Stadium Jassim bin Hamad, pemain simpanan Aymen Hussein menjaringkan gol kemenangan Iraq menerusi sepakan penalti pada saat-saat akhir perlawanan untuk mengecewakan Vietnam 3-2.

Vietnam menjangka mereka berjaya mendahului permainan pada minit ke-17 apabila pertahanan Iraq, Zaid Tahseen secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri ketika cuba menepis hantaran lintang Vo Minh Trong, namun campur tangan VAR membatalkan gol berkenaan.

Akhirnya Vietnam membuka jaringan menerusi Bui Hoang Viet Anh pada minit ke-40 sebelum Rebin Solka menyamakan kedudukan pada minit ke-47.

Hussein kemudian menjaringkan gol kedua Iraq dengan menanduk masuk hantaran lintang pemain simpanan, Ali Jassim pada minit ke-73 sebelum Vietnam menyamakan kedudukan menerusi pemain simpanan Ngyuen Quang Hai.

Kekasaran Minh Trong menghadiahkan sepakan penalti dan gol kemenangan Iraq disempurnakan Hussein, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah negara itu dalam saingan peringkat kumpulan. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... onesia-perlu-tunggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.031291 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list