CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6696|Reply: 0

Adik-beradik Williams buat Barca gigit jari

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode

INAKI meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO Reuters

Bilbao: Athletic Bilbao menewaskan Barcelona 4-2 di tempat sendiri untuk mara ke separuh akhir Copa del Rey tatkala gandingan adik-beradik Inaki dan Nico Williams meledak jaringan di masa tambahan dalam aksi suku akhir yang dramatik.

Tuan rumah mendahului awal dengan jaringan Gorka Guruzeta pada minit pertama tetapi Barca berjaya bangkit sebelum rehat dengan dua gol dalam masa lima minit.

Pemain Bilbao, Yuri Berchiche cuba untuk mengeluarkan bola dari kotak penalti sendiri tetapi Robert Lewandowski sempat menerkam dan memasukkan ke gawang kosong pada minit ke-27.

Lamine Yamal kemudian menghasilkan gerakan luar biasa apabila dia melepasi tiga pemain pertahanan sebelum melakukan rembatan tepat.



Bilbao, bagaimanapun, bangkit selepas rehat dan menyamakan kedudukan pada minit ke-49 dengan tandukan tinggi Oihan Sancet hasil hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Nico Williams.

Dalam aksi masa tambahan, Bilbao berjaya membuktikan kehebatan mereka dalam memperoleh jaringan.

Ia dimulakan dengan jaringan Inaki Williams yang menyambar bola rembatannya yang terkena tiang dua minit sebelum masa tambahan pertama berakhir.

Selepas itu, Nico Williams memastikan kemenangan pada aksi terakhir permainan, dengan rembatan lencong ke bahagian sudut atas gawang.

"Saya tidak pernah bermimpi bahawa detik manis ini akan hadir," kata Inaki yang hanya beberapa jam tiba dari Ivory Coast, tempat dia bermain dalam Piala Negara-Negara Afrika bersama Ghana.

"Semuanya berjalan dengan sempurna hari ini. Semalam saya tidak dapat membayangkan berada di sini selepas detik hitam (Ghana tersingkir).

"Saya perlu berterima kasih kepada kelab kerana membantu saya berada di sini secepat mungkin dan peminat kerana memeluk saya seperti yang mereka lakukan."

Athletic menyertai Real Sociedad, Mallorca dan pemenang pertembungan di antara Atletico Madrid dan Sevilla mara ke separuh akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-barca-gigit-jari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039124 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list