CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20500|Reply: 0

[Sarawak] Disiplin tinggi, usaha konsisten kunci utama kejayaan pelajar

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:25 PM | Show all posts |Read mode


Ahli (tengah) menyampaikan insentif SPM kepada pelajar cemerlang Yong Kah Siang sambil disaksikan Wong (kiri). - Gambar ihsan SMK Sungai Merah
SIBU: Disiplin diri yang tinggi dan usaha yang konsisten serta berterusan adalah kunci utama kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Merah Wong Siew Ling berkata, selain kecemerlangan pelajaran, aktiviti kokurikulum dan kebitaraan sahsiah juga amat signifikan bagi seseorang pelajar untuk menyediakan diri dalam mendepani dunia tanpa sempadan yang penuh dengan cabaran dan pancaroba kehidupan.

“Semoga calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat mencapai kejayaan yang cemerlang nanti.

"SMK Sungai Merah telah memperoleh 4.02 GPS SPM 2022 dan GPS STPM 2022 pula ialah 3.06," ujarnya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Sungai Merah (SMKSM) Ke-19 di sini, hari ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba dalam ucapan perasmiannya menzahirkan rasa gembira bahawa SMKSM tetap unggul mencipta kecemerlangan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa terutama dalam bidang kokurikulum.

Malahan katanya, dalam bidang akademik SMKSM juga antara sekolah yang terbaik dan hebat dalam keputusan SPM dan STPM bagi tahun 2022 di daerah Sibu.

"Jadi tidak mustahil, SMKSM boleh melahirkan lebih ramai warga dan alumni yang hebat dan bersahsiah tinggi serta cemerlang dalam ketiga-tiga bidang ini," tegasnya.

Lantaran itu, beliau amat berharap seluruh warga kerja SMKSM meneruskan usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pendidikan di sekolah ini dengan sentiasa mendekatkan diri mereka kepada para murid dan ibu bapa.

"Sebagai warga pendidik, warga sekolah harus sentiasa cakna dengan permasalahan yang dihadapi murid serta bentuk tindakan segera yang boleh diambil untuk membantu mereka agar terus cemerlang," katanya.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Lim Chee Hong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053520 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list