View: 8173|Reply: 0
|
[Kelantan]
Jalan sesak, laluan utama Kampung Bukit Abal dinaiki air
[Copy link]
|
|
Penduduk meredah banjir kilat yang melimpahi jalan utama di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!
PASIR PUTEH – Jalan utama Pasir Puteh ke Kota Bharu dekat Kampung Bukit Abal, di sini sesak dengan kenderaan selepas laluan tersebut dinaiki air susulan hujan berterusan sejak pagi tadi.
Tinjauan Kosmo! mendapati, jalan itu sesak sejauh tiga kilometer bermula dari Kampung Bukit Abal sehingga ke Kampung Sungai Kelong selepas banyak kenderaan terkandas di kawasan tersebut yang digenangi air sedalam kira-kira 0.5 meter.
Seorang penduduk, Ismail Awang, 44, berkata, paras sungai di kampung itu meningkat pada pukul 10 pagi selepas hujan lebat berlaku di kebanyakan kawasan di Pasir Puteh.
Menurutnya, setakat ini, masih belum ada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana situasi banjir kilat masih terkawal.
“Penduduk berharap air yang melimpahi jalan utama itu segera surut kerana hujan sudah mulai reda petang ini berbanding dua hari lalu.
“Banyak kenderaan yang patah balik kerana tidak berani meredah air yang dalam dan deras. Jalan itu sering dinaiki air semasa hujan kerana ia terletak di kawasan rendah,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.
Penduduk meredah banjir kilat yang melimpahi jalan utama di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh hari ini. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!
Sementara itu, seorang peniaga, Rozita Abdullah, 40, berkata, perniagaan dia warungnya terjejas apabila ketiadaan pelanggan yang singgah berikutan air melimpahi jalan di Bukit Abal.
“Setakat ini, hujan di kawasan ini sudah berhenti. Jalan utama di Kampung Bukit Abal sering dinaiki air terutamanya apabila hujan lebat yang berterusan,” katanya.
Dalam pada itu, laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, seramai 143 mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai di sini setakat pukul 4 petang tadi.
Menurutnya, jumlah itu melibatkan sebanyak 42 buah keluarga. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... t-abal-dinaiki-air/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|