CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7891|Reply: 0

AFCON: Mauritania cipta magis istimewa

[Copy link]
Post time 24-1-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Mauritania, Bodda Mouhsine meraikan kejayaan bersejarah pasukannya menewaskan Algeria awal pagi tadi. – AFP

BOUAKE, Ivory Coast – Bekas juara, Algeria terkandas buat kali kedua berturut-turut di pe­ringkat kumpulan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas tewas mengejut 0-1 kepada Mauritania di Stadium Bouake awal pagi tadi.

Segalanya serba tidak menjadi buat Algeria yang pernah menjuarai AFCON pada edisi 1990 dan 2019, apabila gagal mencari jaringan biarpun memegang 75 peratus penguasaan perlawanan berbanding Mauritania.

Sebaliknya, Mauritania yang menghuni ranking ke-105 dunia, dilihat lebih berbahaya dengan melakukan 17 percubaan keseluruhan sehingga terhasilnya satu jaringan melalui Mohamed Dellah Yaly pada minit ke-37 .

Ia adalah kemenangan pertama Mauritania dalam saingan ­AFCON selepas gagal ­melakukannya dalam lapan perlawanan di pentas berprestij Afrika itu sejak mereka membuat debut pada edisi 2019.

Menariknya, kemenangan itu turut membuka peluang buat Mauritania untuk mara ke ­pusingan 16 terbaik sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik, sekali gus menempa sejarah baharu buat negara tersebut.

“Tiada sesiapa memikirkan mengenai Mauritania, tetapi bola sepak penuh dengan kejutan. Inilah ganjaran terhadap segala kerja keras kami selama ini,” kata pe­ngendali Mauritania, Amir Abdou.

Satu lagi aksi Kumpulan D awal pagi tadi menyaksikan Angola menang 2-0 ke atas Burkina Faso menerusi jaringan Mabululu dan Zini untuk mara ke pusingan 16 terbaik sebagai juara kumpulan.

Walaupun tewas, tetapi Burkina Faso tetap me­raih tiket ke pusingan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan D. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... pta-magis-istimewa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.349623 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list