View: 11666|Reply: 1
|
[Johor]
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD HAIKAL dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini bagi berdepan pertuduhan membunuh teman wanitanya, Bella hujung tahun lalu.
BATU PAHAT – Seorang bekas posmen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu tunggal dua anak Mila Sharmilah Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella, hujung tahun lalu.
Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang juga teman lelaki Bella hanya mengangkuk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah A. Rahman.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Haikal didakwa membunuh Mila Sharmilah antara 11 malam 14 Disember hingga 5.30 pagi 15 Disember 2023.
Perbuatan itu didakwa dilakukan lelaki itu di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukan hukuman mati atau pemenjaraan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan, sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili peguam, Syahril Anuar.
Mohammad Haikal dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas bacaan pertuduhan berkaitan kes bunuh hari ini.
Mahkamah menetapkan 19 Februari depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu selepas ahli keluarganya gagal menghubunginya sebelum membuat dua laporan polis pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.
Bella dikatakan keluar dengan memakai baju kelawar berwarna gelap untuk ke dobi mencuci pakaian sambil ditemani teman lelakinya dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.
Namun, kakaknya, Norisham, 36, memaklumkan adiknya itu hilang selepas beberapa hari tidak dapat dihubungi dan pelik apabila dompet yang mengandungi pengenalan diri, pakaian yang hendak dibasuh serta kunci rumah ada di kediaman Bella.
Lima suspek termasuk teman lelaki Bella bagi membantu siasatan kes culik selama tujuh hari bermula 25 Disember sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Selepas 38 hari misteri kehilangan Bella menjadi tanda tanya, pada pukul 2 petang, Jumaat lalu, Polis Johor berjaya mengesan rangka manusia ditemui tidak sempurna di dalam sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini.
Susulan itu, tiga suspek termasuk teman lelaki Bella ditahan reman sekali lagi bermula 21 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka yang ditemui milik Bella kerana sampel patalogi rangka tersebut sepadan dengan DNA kakak serta ibunya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... idakwa-bunuh-bella/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dlm TT dia punya filer sampai putih melepak, pastu perasan kurus, padahal sakit kencing manis tu yg buat dia kurus.. tahi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|