CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11430|Reply: 0

AFCON: Mesir terselamat daripada diaibkan

[Copy link]
Post time 24-1-2024 11:02 AM | Show all posts |Read mode

MOSTAFA (tengah) berjaya meledak satu gol buat Mesir ketika seri 2-2 dengan Cape Verde awal pagi semalam. – AFP

ABIDJAN – Finalis edisi 2021, Mesir menepati ramalan apabila mara ke pusingan 16 terbaik Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 biarpun seri 2-2 dengan Cape Verde pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Felix Houphouet Boigny awal pagi semalam.

Walaupun turun tanpa kelibat penggempur utama, Mohamed Salah kerana masalah kecede­raan, tetapi bekas juara tujuh kali itu masih boleh mengharapkan jentera serangan yang lain untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun, The Pharaohs dikejutkan dengan gol pertama Cape Verde menerusi Gilson Tavares di penghujung babak pertama sebelum Mahmoud Ahmed Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Trezeguet mengikat kedudukan buat Mesir pada minit ke-50.

Mesir kemudiannya meraih gol kedua melalui Mostafa Mohamed pada minit ke-90+3, tetapi penye­rang kelab Austria, Sturm Graz iaitu Bryan Teixeira menyamakan kedudukan buat Cape Verde berselang tiga minit kemudian.

Jurulatih Mesir, Rui Vitoria mengakui, mereka berhak untuk meraih kejayaan itu selepas Ghana mensia-siakan kelebihan dua gol untuk seri 2-2 dengan Mozambique dalam satu lagi aksi Kumpulan B yang berlangsung awal pagi semalam.

“Saya akui kami mempunyai masalah di bahagian pertahanan walaupun kami berjaya menja­ringkan enam gol dalam tiga aksi peringkat kumpulan.

“Saya percaya perubahan ­venue nanti mungkin memberikan impak positif kepada pemain selepas menghabiskan beberapa minggu di Abidjan,” katanya.

Sebagai rekod, Cape Verde menjuarai Kumpulan A menerusi tujuh mata, manakala Mesir di tangga kedua dengan tiga mata, satu mengatasi Ghana dan Mozambique yang mengucapkan selamat tinggal kepada saingan AFCON kali ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -daripada-diaibkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044744 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list