CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11993|Reply: 0

Chelsea belasah Middlesbrough, mara ke final Piala Liga

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode

PALMER (kanan) menjaringkan dua gol ketika Chelsea membelasah Middlesbrough 6-1, sekali gus mara ke final Piala Liga. FOTO REUTERS

London: Chelsea mara ke final Piala Liga selepas membelasah Middlesbrough 6-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi, sekali gus mengubah defisit kekalahan 0-1 pada separuh akhir pertama, sebelum ini.

The Blues menjaringkan empat gol sebelum rehat menerusi gol sendiri as Jonny Howson, Enzo Fernandez, Axel Disasi dan Cole Palmer bagi membolehkan anak buah Mauricio Pochettino ke final di Wembley, bulan depan.

Palmer dan Noni Madueke menambah luka Middlesbrough pada hujung perlawanan yang mungkin membuktikan perubahan dalam rejim Pochettino selaku pengemudi mereka.

Lawan menanti di final 25 Februari nanti sama ada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool atau Fulham, tetapi ia menjanjikan sesuatu buat pengendali Argentina itu yang memiliki barisan pemain mahal, namun setakat ini masih belum menyerlah.



"Hari ini, kami sangat tajam di depan gol. Kami tiada aspek itu pada separuh akhir pertama dan mengecewakan.

"Hari ini, kami sangat bagus dan saya fikir inilah perbezaannya," kata Pochettino.

Bekas bos Tottenham itu kini ada peluang memenangi trofi pertama bola sepak England dan yang pertama buat Chelsea sejak pemilikan baharu pada 2022 dan perbelanjaan perpindahan berjumlah £1 bilion (RM6 bilion).

Mengulas mengenai Palmer yang semakin kerap menjaringkan gol, Pochettino berkata: "Dia adalah pemain dengan bakat menakjubkan.

"Dia adalah pemain yang memahami perlawanan. Dia ada kualiti dan bakat untuk menilai situasi, membaca permainan dalam semua aspek serta serba boleh."

Boro kini menduduki tempat e-11 Liga Kejuaraan dan jurang antara kedua-dua pasukan terserlah selepas 180 minit perlawanan.

Tamparan pertama buat anak buah Michael Carrick apabila pemain tengah veteran, Howson tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang Armando Broja menolak masuk hantaran lintang Raheem Sterling.

Selepas bergelut di tempat sendiri pada peringkat awal dibimbing Pochettino, Chelsea kini menang tujuh perlawanan berturut-turut di Stamford Bridge dan Middlesbrough menjadi mangsa amukan terbaru mereka.

Disasi disenaraikan sebagai bek kanan susulan kecederaan Reece James dan Malo Gusto, tetapi pemain Perancis itu memainkan peranan penting buat Chelsea apabila melakukan satu bantuan jaringan dan menyumbat satu gol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ke-final-piala-liga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.031397 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list