CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11300|Reply: 0

Piala Asia: Bermain demi lencana di dada

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode

HARIMAU Malaya yang sudah tersingkir perlu turun tanpa sebarang tekanan dan memberikan aksi terbaik terutama untuk mempertahankan maruah. - FB FAM

SEMUA pemain Harimau Malaya digesa untuk mempamerkan mentaliti sebenar jika berhasrat untuk melakar sejarah apabila bertemu Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam esok.

Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli percaya perlawanan bertemu Korea Selatan boleh dianggap sebagai aksi final kerana ini peluang buat pemain bangkit menunjukkan semangat patriotik.

Kata Pekan, siapa sahaja yang diletakkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon perlu berikan seratus peratus terutama pemain bertaraf warisan serta naturalisasi yang prestasi mereka dipersoal sebelum ini.

“Saya pasti peminat bola sepak tanah air tidak mahu lagi melihat pemain terus simpan tenaga mereka kerana aksi menentang Korea Selatan boleh dianggap seperti perlawanan akhir.

“Ini adalah peluang untuk mereka bangkit mempamerkan mentaliti sebenar terutama pemain-pemain bertaraf warisan serta naturalisasi serta tunjukkan semangat patriotik mereka.

“Malah, peluang juga wajar direbut oleh pemain-pemain tempatan yang sebelum ini menyerlah dalam saingan Liga Malaysia, tetapi tidak menonjol pada kempen Piala Asia kali ini,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, Pekan juga mahu pasukan Harimau Malaya menikmati kesempatan untuk menentang jaguh benua Asia itu selepas kali terakhir bertemu secara kompetitif pada 35 tahun lalu.

“Kita tidak tahu bagaimana pendekatan mereka pada aksi terakhir kali ini kerana mereka mungkin turunkan kesebelasan terbaik atau merehatkan beberapa pemain utama kerana sudah sebelah kaki ke peringkat kalah mati.

“Namun, ini adalah peluang buat kita bermain menentang negara kuasa besar seperti Korea selepas lama tidak bersaing sejak 1989,” katanya.

Malaysia sudah hampir 35 tahun tidak menentang gergasi Asia Timur itu dalam sebarang aksi kompetitif peringkat senior apabila kali terakhir pada 1989 dalam kelayakan Piala Dunia 1990.

Ketika itu, Malaysia tewas dua kali kepada Korea Selatan pada aksi kelayakan Kumpulan 4 dengan perlawanan dilangsungkan di Seoul dan Singapura.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... mi-lencana-di-dada/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list