CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12438|Reply: 0

[Sarawak] Awan berbentuk salib dilihat di atas kampung di Baram

[Copy link]
Post time 23-1-2024 08:52 PM | Show all posts |Read mode


Beberapa rakaman foto penampakan awan berbentuk salib yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook yang tular di media-media sosial semalam.

MIRI: Awan berbentuk salib muncul di atas Long Jegan dan Long Loyang di Tinjar, Baram pada Ahad, sekali gus menarik perhatian ratusan penduduk kampung yang keluar bukan sahaja untuk menyaksikannya, malah turut merakamkannya.

Imej rakaman foto pembentukan awan yang luar biasa itu dianggap istimewa khususnya bagi penganut agama Kristian, justeru tular dengan begitu pantas di media-media sosial khususnya Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Antaranya yang turut berkongsi rakaman tersebut ialah pengguna Facebook yang menamakan dirinya Cikgu Andreas Hong, yang menyiarkan tiga gambar di laman Facebooknya.

Menurut beliau, pembentukan awan seperti salib itu boleh dilihat di kampung-kampung di sepanjang Sungai Tinjar.

Beliau juga menegaskan bahawa gambar yang dikongsinya, yang diambil di Kampung Long Loyang adalah sahih dan tidak disunting.

Setakat jam 3 petang, hantaran beliau itu telah menerima 688 tanda suka dan 701 perkongsian.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/01/23/awan-berbentuk-salib-dilihat-di-atas-kampung-di-baram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.053330 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list