CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3791|Reply: 0

Krasniqi suntik semangat Insa

[Copy link]
Post time 23-1-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Harimau Malaya, Naxto Insa menjadi sasaran kritikan penyokong. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

DOHA: Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menyuntik semangat pemain tengah Harimau Malaya, Natxo Insa menjelang aksi terakhir skuad negara di pentas Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan, Khamis ini.

Insa menjadi sasaran utama kritikan penyokong selepas Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E, Sabtu lalu dan sah tersingkir dari persaingan merebut tiket ke pusingan 16 terakhir.

Krasniqi menerusi laman Instagram miliknya bagaimanapun tampil mempertahankan Insa sambil menyifatkan pemain berusia 38 tahun itu sebagai idola.

"Idola dalam setiap aspek. kami pemain bola sepak dan negara boleh berbangga kerana mempunyai pemain dan orang yang hebat di sekeliling kami. Anda adalah yang terbaik Hermano," tulisnya.


Insa yang juga pemain paling berusia dalam skuad Harimau Malaya ketika ini masuk menggantikan Syamer Kutty Abba pada babak kedua ketika menentang Bahrain.

Bagaimanapun, penyokong Harimau Malaya dilihat kurang berpuas hati dengan persembahannya dengan ada yang menganggap dia gagal memberi impak seperti yang dilakukan Syamer sepanjang babak pertama.

Selain Insa, beberapa pemain Harimau Malaya yang lain turut tidak terkecuali menjadi bahan kritikan peminat di media sosial selepas skuad negara sah tersingkir dari Piala Asia yang sedang berlangsung di Qatar.

Skuad negera akan mengharungi aksi terakhir menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub selepas tewas kepada Jordan dan Bahrain dalam dua perlawanan sebelum ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... untik-semangat-insa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038990 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list