View: 3640|Reply: 0
|
Piala Asia: Mancini enggan ‘mendabik’ dada
[Copy link]
|
|
ARAB Saudi mencatat kemenangan kedua berturut-turut untuk mengesahkan slot ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Kyrgyzstan. - AFP
DOHA – Ketua Jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini mengakui pasukannya belum layak dilabel pilihan untuk menjuarai Piala Asia 2023 selepas lolos ke pusingan 16 terbaik apabila menewaskan Kyrgyzstan 2-0 awal pagi semalam.
Pada perlawanan tersebut, skuad The Falcon tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata hasil jaringan Mohammed Kanno dan Faisal Al-Ghamdi sekali gus melakar kemenangan bersih pada dua aksi kumpulan yang diharungi.
Tugas Arab dilihat lebih mudah apabila Kyrgyzstan beraksi dengan sembilan pemain pada sebahagian besar perlawanan apabila Ayzar Akmatov dan Kimi Merk dilayangkan kad merah.
Menurut Mancini, barisan anak-anak buahnya sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik pada setiap perlawanan yang diharungi bagi memastikan usaha untuk menamatkan kemarau Piala Asia yang kali terakhir dimenangi pada edisi 1996.
“Di atas kertas, kita boleh lihat pilihan utama jelas milik Jepun, Korea Selatan, Iran dan Australia berdasarkan kedudukan ranking mereka. Namun, kedudukan kita juga tidaklah begitu jauh, tetapi masih belum layak untuk dilabel pilihan.
“Harus diakui bermain pada kejohanan besar kedudukan ranking tidak berikan sebarang makna kerana apa sahaja boleh berlaku pada setiap perlawanan.
“Saya gembira kita dapat mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya lebih awal tetapi fokus utama sekarang adalah perlawanan ketiga menentang Thailand berbanding fikirkan terlalu jauh,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ggan-mendabik-dada/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|