CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4322|Reply: 0

Arab Saudi tewaskan Kyrgyzstan 2-0, tempah tempat ke pusingan kedua kejohanan Piala Asia

[Copy link]
Post time 23-1-2024 01:43 PM | Show all posts |Read mode


Pemain pertahanan Kyrgyzstan Amantur Shamurzaev (tengah) dan Pemain pertahanan Arab Saudi Ali al-Bulaihi (kanan) bersaing mendapatkan bola pada perlawanan Piala Asia Kumpulan F di antara Kyrgyzstan dan Arab Saudi di Stadium Ahmad Bin Ali di Al-Rayyan, Doha, kelmarin. — Gambar AFP

DOHA: Arab Saudi menempah tempat ke pusingan kedua kejohanan Piala Asia pada Ahad selepas menewaskan lawan yang bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dengan sembilan pemain Kyrgyzstan 2-0.

Juga dalam Kumpulan F, Thailand seri tanpa jaringan dengan Oman untuk semakin menghampiri kelayakan ke pusingan kedua.

Arab Saudi, yang dibimbing Roberto Mancini, berada pada ranking dunia yang ke-56 sementara Kyrgyzstan di ranking ke-98 dunia namun dipaksa bekerja-keras walaupun lawan beraksi dengan sembilan pemain dalam separuh masa kedua sebelum menyertai pasukan tuan rumah, Qatar, Iran, Iraq dan Australia yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan kedua kejohanan.

Mancini, yang memenangi Kejohanan Eropah (Euro) bersama Itali pada 2021, menolak peluang Arab Saudi untuk menjulang trofi Piala Asia buat kali keempat.
“Ranking berkata Jepun, Korea (Selatan), Iran, Australia – kami berada terlalu jauh di belakang,” katanya.

Arab Saudi, yang bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Oman 2-1 pada perlawanan pembukaan, mengumpul enam mata dari dua perlawanan.

Kyrgyzstan jelas pasukan bukan pilihan walaupun dengan 11 pemain dan tugas mereka menjadi lebih sukar sembilan minit selepas rehat apabila Ayzar Akmatov dibuang padang kerana kekasaran profesional.

Akmatov pada awalnya dilayangkan kad kuning tetapi pengadil mengubah kepada kad merah selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Arab Saudi gagal mengambil peluang awal dengan kelebihan dua pemain apabila Feras Al-Brikan gagal menyempurnakan dua peluang terbaik.

Mereka terus tertekan apabila rembatan Abdulelah Al-Malki terkena palang namun Saud Abdulhamid mengawal bola muntah dan melakukan umpanan yang disempurnakan Mohamed Kanno dalam kotak penalti pada minit ke-35.

Kyrgyzstan hilang seorang lagi pemain pada minit ke-52 selepas satu lagi semakan VAR menghasilkan kad merah untuk Kimi Merk kerana kekasaran serius.

Pemain gantian Arab Saudi, Faisal Al-Ghamdi akhirnya menambah jaringan pada minit ke-84 dengan satu rembatan dari hujung kotak penalti yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol Erzhan Tokotaev.

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii berasa “sangat gembira” dengan satu mata selepas pasukannya diikat Oman.

Selepas separuh masa pertama yang menarik, Oman meningkatkan lagi asakan selepas rehat dengan pemain tengah, Salaah Al-Yahyaei berjaya menembusi pertahanan Thailand namun gagal melakukan umpanan kemas.

Thailand melihat  penyerangnya Supachai Chaided – yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-0 pada perlawanan pertama – jelas dikawal ketat oleh pemain Oman.

“Apabila kami memulakan perlawanan, kami mahukan tiga mata tetapi ketika permainan berlarutan, kami melihat apa yang boleh dilakukan,” kata jurulatih Thailand di mana pasukannya berada di tangga kedua di belakang Arab Saudi menjelang perlawanan terakhir kumpulan.

“Kami benar-benar gembira dengan satu mata.” — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043088 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list