CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16921|Reply: 0

[Johor] Penyakit dideritai mangsa pencemaran Sungai Kim Kim tiada ubat, tiada rekod di negara ini

[Copy link]
Post time 22-1-2024 05:56 PM | Show all posts |Read mode

KAMARUDDIN memberi penerangan kepada keluarga mangsa selepas prosiding perbicaraan kes saman sivil RM30 juta yang difailkan Jawatankuasa Bertindak Mangsa dan Keluarga Gas Toksik Sungai Kim Kim terhadap 12 defenden termasuk Kerajaan Johor di Mahkamah Tinggi Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu mangsa pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim, Irfan Wafiy Idham Wazir, 16, menderita Myokymia, yang bukan saja tiada ubat malah penyakit yang tidak pernah direkodkan di negara ini.

Myokymia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar serta lemah dan terpaksa bergantung kepada tongkat.

Bapa Irfan Wafiy, Idham Wazir A Wahab, 53, yang mewakili anaknya berkata, keadaan kaki anaknya juga sentiasa menggeletar dan berada dalam keadaan kejang akibat pencemaran berkenaan.

Idham Wazir yang juga saksi plaintif pertama itu berkata demikian ketika disoal balas peguam, Walter Pereira pada perbicaraan kes saman sivil pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim, di Mahkamah Tinggi Sivil, di sini, hari ini.



Peguam: Boleh jelaskan keadaan Irfan Wafiy ketika ini.

Idham Wazir: Sekarang ini Irfan belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru di Seri Alam. Dia pun baru habis peperiksaan dan dapat keputusan 4A. Kesihatannya masih belum sembuh. Kaki dia masih menggeletar, tiba masa dia sakit, memang kaki dia akan 'non stop' menggeletar dan kerap berada dalam kekejangan. Alhamdulillah sekarang dia solat dah tidak perlu pakai kerusi. Solat macam orang lain. Namun, penyakit itu ada lagi, belum sembuh. Rawatan terakhir adalah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Peguam: Doktor ada maklumkan mengenai rawatan terhadap penyakit dideritai anak?

Idham Wazir: Sampai sekarang tiada lagi panggilan (doktor). Tiada 'follow up' daripada Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjutan. Doktor (yang rawat Irfan Wafiy) pun sudah pencen.

Peguam: Apakah ada apa-apa gambaran dari pihak hospital bila agaknya Irfan Wafiy akan pulih?

Idham Wazir: Doktor pakar yang rawat anak maklumkan penyakit ini tak ada ubat dan tiada rekod untuk penyakit ini di Malaysia. Apa yang doktor bagi (ubat) 'try and error' saja, berdasarkan kes-kes di luar negara. Namun ubat berkenaan tidak sesuai dengan anak saya. Bila anak saya makan, dia akan tidur. Dia 'student' tidak akan nak tidur.

Perbicaraan hari pertama saman sivil itu berlangsung di hadapan Hakim Datuk Seri Samsulbahri Ibrahim.

Mahkamah menetapkan perbicaraan disambung semula pada 2 Jun; 18 dan 19 Ogos serta 14 dan 15 Oktober depan

Idham Wazir bersama 41 lagi plaintif kes itu diwakili peguam, Datuk Kamaruddin Ahmad, Walter Pereira dan Radiah Karim.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohamed Azzam Zainal Abidin, yang juga Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Johor mewakili defendan membabitkan Kerajaan Johor, Menteri Besar, bekas Exco Alam Sekitar Johor.

Peguam Kanan Persekutuan, Zetty Zurina Kamaruddin, Nurul Farhana Khalid dan Safiyah Omar pula mewakili Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kerajaan Malaysia.

Manakala, syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, dua pengarahnya serta pemandu lori, N Maridass, diwakili Phang Soon Mun, Chew Chun Wei dan Yvonne Chai.

Sebelum ini, Jawatankuasa Bertindak Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim dan Keluarga Mangsa Kes Toksik dilaporkan akan menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada 12 defendan termasuk Kerajaan Johor dan Menteri Besar.

Ganti rugi itu membabitkan ganti rugi am dan khas, selain ganti rugi membabitkan tuntutan ke atas Irfan Wafiy, mangsa paling teruk terjejas yang kini menderita Myokimia menyebabkan sarafnya terganggu dan terpaksa bergantung pada tongkat, akibat kesan pencemaran sisa toksik pada Mac 2019.

Antara defendan lain yang akan disaman adalah Exco Alam Sekitar, JAS, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan P Tech Resources Sdn Bhd, syarikat yang membuang sisa toksik itu.

Kejadian pencemaran sisa bahan kimia pada 13 Mac 3019 itu menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac mengejutkan negara apabila 947 orang dirawat dengan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pada 17 Julai tahun lalu, pihak mangsa memfailkan saman sivil itu berjaya menafikan permohonan defendan, P Tech Resources Sdn Bhd, untuk mengenepikan saman sivil yang mula difailkan pada 2019

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... da-ubat-tiada-rekod

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046514 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list