CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9920|Reply: 0

[Pulau Pinang] Brek tak makan, lori hentam enam kereta di lampu isyarat

[Copy link]
Post time 21-1-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori yang mengalami masalah brek hingga merempuh enam kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor. FOTO IHSAN PEMBACA

Tasek Gelugor: Kegagalan brek menyebabkan sebuah lori pasir tanpa muatan merempuh enam kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ara Kuda di sini, semalam.

Bagaimanapun dalam insiden jam 10.45 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan hanya seorang pemandu mengalami cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam jam 11.15 pagi berhubung kemalangan itu.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori tanpa muatan dari Tasek Gelugor menghala ke Lunas, Kedah.



"Apabila tiba di lampu isyarat Jalan Ara Kuda dikatakan brek lori tidak berfungsi menyebabkan pemandu cuba mengawal dan memperlahankan kenderaannya dengan bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Namun, lori tidak berhenti dan merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti disebabkan lampu isyarat itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, lori itu pada mulanya merempuh dan melanggar kereta Perodua Viva dan Proton Waja.

"Bagaimanapun, impak pelanggaran kedua-kedua kenderaan itu menyebabkan kereta bergerak ke hadapan dan melanggar kenderaan di hadapan mereka.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah Kaedah Lalulintas 1959.

Terdahulu tular kemalangan membabitkan sebuah lori terbabas selepas mengalami masalah brek sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain.

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat dari arah belakang sebuah kereta itu, beberapa kenderaan dilihat sedang berhenti di sebuah persimpangan.

Namun, sebuah lori kemudiannya dilihat meluru laju dari arah kiri ke kanan dipercayai kerana mengalami masalah brek.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-di-lampu-isyarat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.100673 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list