CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16276|Reply: 0

Arteta bayang tiada pemain baharu di Emirates

[Copy link]
Post time 21-1-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Arsenal, Leandro Trossard (kanan) menyumbat gol ketiga ketika berdepan Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London malam tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Mikel Arteta membayangkan Arsenal mungkin tidak akan membeli pemain baharu ketika jendela perpindahan Januari semakin hampir menutup tirainya.

Bos Gunners itu menegaskan beliau dan pemimpin kelab "sukakan" pemain sedia ada di Emirates sekalipun peminat menggesa rombakan pada pertengahan musim.

Arteta menangani topik perpindahan selepas Arsenal membelasah Crystal Palace 5-0 di laman sendiri malam tadi, dengan lapan pemain berbeza Gunners menyumbang kepada jaringan besar itu.

Sesudah ditanya sama ada pasukannya mampu bersaing dengan Liverpool dan Manchester City, dua pasukan di atas mereka dalam carta Liga Perdana Inggeris, bos Gunners itu berazam: "Kami akan mencuba sedaya upaya. Kami perlu memastikan pemain kami berasa dipercayai dan mempunyai keyakinan. Jika mereka diragui ia tidak membantu. Kami sukakan pemain yang kami ada sekarang."



Kebanyakan peminat Arsenal bersetuju Arteta memerlukan seorang penyerang baharu untuk melonjakkan pasukannya ke satu tahap, namun bercakap awal bulan ini selepas disingkirkan oleh Liverpool dalam Piala FA, warga Sepanyol itu sekali lagi mengendurkan sebarang harapan.


Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata mereka mahu meningkatkan tahap pemain sedia ada dan tidak bercadang membeli pemain baharu. – Foto REUTERS

"Ketika ini ia tidak kelihatan realistik," kata Arteta, dengan Gunners enggan membayar mahal terhadap sasaran nombor satu dan penyerang Brentford, Ivan Toney.

"Apa yang kami perlu lakukan adalah untuk meningkatkan pemain kami dan cuba meraih keputusan lebih baik bersama pemain sedia ada."

Sesudah mengulangi mesej yang sama selepas kemenangan malam tadi, jelas kini ahli lembaga pengarah Arsenal enggan berbelanja ketika jendela perpindahan musim sejuk. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -baharu-di-emirates
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038405 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list