View: 13367|Reply: 0
|
Saya dengan bunyi monyet bising - Maignan
[Copy link]
|
|
PEMAIN Milan turut mengikuti jejak Maignan meninggalkan padang. -FOTO Reuters
Milan: Kemenangan AC Milan di Udinese tertangguh seketika selepas didakwa berlakunya serangan perkauman daripada penyokong tuan rumah terhadap penjaga gol Milan, Mike Maignan, awal pagi tadi.
Maignan memaklumkan pengadil sebelum meninggalkan padang selepas 30 minit, diikuti oleh rakan sepasukannya.
Insiden itu berlaku sejurus selepas pemain tengah Milan, Ruben Loftus-Cheek menjaringkan gol pendahuluan menerusi rembatan yang menerjah jaring.
Perlawanan Serie A disambung semula selepas kira-kira 10 minit.
"Kami tidak boleh bermain bola sepak seperti ini. Ini bukan kali pertama ia berlaku," kata Maignan.
"Mereka mesti melakukan sekatan yang serius kerana bercakap tidak lagi membawa apa-apa perubahan.
"Kita perlu mengajar mereka bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah. Ia bukan membabitkan keseluruhan penonton tapi kebanyakan peminat mahu bersorak dengan pasukan mereka dan mengejek anda. Itu perkara biasa, tetapi bukan dengan cara seperti ini."
Dia menambah: "Apa yang berlaku pada separuh masa pertama selepas gol dijaringkan. Saya mendengar bunyi monyet, saya tidak berkata apa-apa.
"Kali kedua saya pergi untuk mendapatkan bola, saya mendengarnya lagi. Saya memberitahu pegawai keempat dan bangku simpanan saya apa yang berlaku.
"Saya marah, kerana ini bukan kali pertama ia berlaku. Saya tidak mahu bermain, tetapi kami adalah keluarga dan saya tidak boleh meninggalkan rakan sepasukan saya seperti itu."
AC Milan menyiarkan pada X: "Tiada tempat dalam permainan kami untuk perkauman: kami terkejut. Kami bersama anda, Mike."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nyet-bising-maignan |
|
|
|
|
|
|
| |
|