CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13115|Reply: 0

Keputusan seri lebih adil - Pan-gon

[Copy link]
Post time 21-1-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode

REAKSI Pan-gon pada perlawanan hari ini. FOTO BERNAMA

Doha: Pengendali negara, Kim Pan-gon menganggap keputusan seri mungkin lebih adil selepas anak buahnya beraksi cukup bertenaga sebelum tumbang 0-1 di tangan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, di sini, malam ini.

Jelas Pan-gon, pemain negara sudah memberikan segala-galanya dalam perlawanan namun jaringan pada masa kecederaan babak kedua menyaksikan pasukannya kempunan meraih mata.

"Kami menguasai dan mendominasi permainan sebaiknya. Ia kami mungkin lebih hampir untuk meraih seri tapi kami perlu menerima keputusan ini," katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Dalam aksi itu, jaringan Ali Madan pada minit 95 meranapkan impian untuk pasukan meraih satu mata selepas turut tumbang 0-4 di tangan Jordan dalam aksi pertama kumpulan Selasa lalu.



Dengan keputusan berkenaan, Malaysia terpaksa pulang awal dan gagal melepasi peringkat kumpulan sekali gus tersingkir lebih awal.

Selepas ini, pasukan negara akan melengkapkan jadual kumpulan dengan menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Khamis ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -lebih-adil-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.031042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list