CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37216|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Toyol' curi komputer rupa-rupanya...

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode

POLIS merampas komputer riba yang dicuri pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bahau.FOTO Ihsan PDRM

Jempol: Misteri kehilangan komputer riba berharga RM4,000 milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang lesap dari makmal komputer sebuah sekolah di Bahau di sini, terjawab apabila seorang pengawal keselamatan di sekolah itu diberkas.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pengawal keselamatan lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 8 malam, kelmarin ketika sedang bertugas di pos kawalan sekolah berkenaan.

Katanya, tangkapan dilakukan susulan aduan dibuat seorang guru pada jam 2.12 petang hari sama, selepas mendapati komputer riba disimpan di makmal sekolah hilang dicuri.

"Makmal komputer sekolah berkenaan terletak di blok belakang sekolah dan pihak sekolah menerima empat unit komputer riba daripada KPM pada 24 November tahun lalu termasuk yang hilang.


"Guru yang membuat aduan ditugaskan menjaga aset-aset dibekalkan oleh kerajaan kepada pihak sekolah," katanya.

Hoo berkata, komputer riba berkenaan didapati hilang pada 8 Januari lalu ketika guru berkenaan pergi ke makmal komputer.

Katanya, siasatan polis juga mendapati tiada kesan umpil pada mana-mana pintu dan tingkap makmal berkenaan selain kamera rakaman tertutup (CCTV) sudah lama tidak berfungsi.

"Suspek mengaku mencuri komputer riba berkenaan dan disimpan didalam stor rumahnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mputer-rupa-rupanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051013 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list