CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37579|Reply: 0

EPL: Brentford kembali dapat mesin gol

[Copy link]
Post time 20-1-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode

TONEY

LONDON – Brentford mengharapkan kehadiran penggempur utama, Ivan Toney untuk memulihkan semula prestasi pasukan itu selepas gagal meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk tewas lima kali berturut-turut.

Toney, 27, kembali selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan dan bakal berada dalam senarai kesebelasan utama untuk aksi seterusnya Brentford menentang Nottingham Forest di Stadium Komuniti Gtech awal pagi esok.

Kepulangan penjaring 20 gol daripada 30 aksi liga musim lalu itu sememangnya memberikan keyakinan kepada The Bees yang kini dilihat tumpul di bahagian penyudah setakat ini.

“Jujurnya tiada perasaan yang lebih indah apabila anda dapat menjaringkan gol buat pasukan. Jadi saya berharap dapat kembali membantu pasukan.

“Saya tak sabar untuk kembali bersama rakan-rakan berentap dengan pasukan-pasukan hebat di EPL. Saya mahu pastikan kami kembali berada pada kedudukan yang sepatutnya,” kata Toney.

Skuad bimbingan Thomas Frank itu ketika ini menghuni tangga ke-16 EPL, tiga mata sahaja dengan Luton Town yang berada di zon penyingkiran liga, namun memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Bagaimanapun, Brentford tidak berdepan tugas mudah kerana Forest kini dilihat seperti kembali menemui prestasi sebenar sejak di bawah bimbingan Nuno Espirito Santo.

Selain Toney, Brentford juga boleh mengharapkan sentuhan seorang lagi pemain iaitu Sergio Reguilon selepas berjaya meminjam khidmatnya daripada Tottenham Hotspur hingga hujung musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... li-dapat-mesin-gol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.034629 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list