CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8330|Reply: 0

[Pulau Pinang] Covid-19 meningkat di Pulau Pinang, hanya libatkan kes bergejala ringan

[Copy link]
Post time 19-1-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Covid-19 meningkat di Pulau Pinang, hanya libatkan kes bergejala ringan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Januari 2024 01:14pm




Peratusan kes Covid-19 di Pulau Pinang menunjukkan trend meningkat iaitu 96.7 peratus dicatatkan sejak minggu kedua terakhir Disember tahun lalu sehingga minggu ini. Gambar kecil: Daniel




GEORGE TOWN - Peratusan kes Covid-19 di Pulau Pinang menunjukkan trend meningkat iaitu 96.7 peratus dicatatkan sejak minggu kedua terakhir Disember tahun lalu sehingga minggu ini.

Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, peningkatan itu susulan daripada cuti sekolah selain sambutan perayaan Krismas pada Disember lalu.



Bagaimanapun katanya, peningkatan kes itu melibatkan kes bergejala ringan yang hanya memerlukan pemantauan kendiri di rumah.

"Memang kes Covid-19 di Pulau Pinang meningkat dengan peratusan melebihi 90 peratus. Ia susulan cuti sekolah dan perayaan Krismas menyebabkan ramai pengunjung datang ke sini.



"Peratusan ini diambil dari minggu kedua terakhir Disember sehingga minggu ini.

"Namun, kes yang dicatatkan hanya melibatkan kes bergejala ringan yang memerlukan pemantauan kendiri, ia bukan kes serius," katanya pada sidang akhbar di Komtar pada Jumaat.

Daniel berkata, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 233 kes demam denggi dicatatkan di Pulau Pinang bagi Minggu Epidemiologi ke-2 (ME2) dari 7 hingga 13 Januari tahun ini.




Daniel berkata, daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan kumulatif kes paling tinggi iaitu 93 kes.

"Timur Laut mencatatkan kes kumulatif 44, Barat Daya (41), Seberang Perai Selatan (SPS) sebanyak 44 manakala Seberang Perai Utara (SPU) mencatatkan hanya 11 kes.








"Untuk bilangan kes bagi ME2, Timur Laut mencatatkan 21 kes, Barat Daya (17), SPU (5),SPT (44) dan SPS (23)," katanya.

Tambah beliau lagi, bagi ME1, Timur Laut mencatatkan 23 kes, Barat Daya (24), SPU (6), SPT (49) dan SPS (21).

"Dengan data ini, ia menunjukkan semua daerah mengalami penurunan kes bagi ME2.

"Sementara itu, bagi kumulatif wabak 2024 pula, sebanyak 30 lokaliti dikesan pada ME3 (sehingga 16 Januari) yang melibatkan tujuh di Timur Laut, lima di Barat Daya, satu di SPU, 14 di SPT dan tiga di SPS," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.312840 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list