View: 7617|Reply: 0
|
Tarikh pendengaran kes Man City sudah ada
[Copy link]
|
|
Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City didakwa dengan lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan kewangan. - Foto AFP
LONDON: Tarikh pendengaran dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Manchester City sudah ditetapkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana Inggeris, Richard Masters.
City didakwa pada Februari dengan lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan kewangan sejak diambil alih oleh City Football Group dari Abu Dhabi.
"Tarikh sudah ditetapkan untuk perbicaraan. Malangnya saya tidak boleh nyatakan bila tetapi sudah ada kemajuan," kata Masters.
Ketika dakwaan diumumkan pada Februari, City berkata mereka mengalu-alukan "penilaian oleh suruhanjaya bebas.
Dakwaan ke atas City, yang memburu gelaran Liga Perdana Inggeris keempat berturut-turut musim ini, berbeza daripada kes ke atas Everton dan Nottingham Forest pada Isnin lalu.
Everton dan Forest berdepan pemotongan mata dan bakal menjadi yang kedua buat Everton musim ini selepas 10 mata dipotong pada November lalu. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -man-city-sudah-ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|