View: 7985|Reply: 0
|
Cape Verde kejutkan Ghana
[Copy link]
|
|
Penyerang Cape Verde, Jovane Cabral (kanan) bersaing dengan pertahanan Ghana, Alexander Djiku (tengah) dan Mohammed Salisu pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Stadium Felix Houphouet-Boigny, Abidjan awal pagi tadi. – Foto AFP
ABIDJAN: Pemain gantian Garry Rodrigues menjaringkan gol pada masa kecederaan sekali gus menyaksikan Cape Verde menang mengejut 2-1 ke atas juara empat kali Ghana pada aksi pembukaan mereka dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal pagi tadi.
The Black Stars kelihatan akan pulang dengan keputusan seri selepas Alexander Djiku menanduk masuk untuk memadamkan gol pendahuluan Jamiro Monteiro buat Cape Verde di Stadium Felix Houphouet Boigny di Abidjan.
Majeed Ashimeru turut dinafikan gol buat Ghana susulan semakan VAR yang mengambil masa agak lama, namun Cape Verde meraih tiga mata dalam perlawanan Kumpulan B apabila rembatan Rodrigues menemui jaring pada minit ke-92.
Ia kemenangan yang mengagumkan buat negara pulau itu, yang layak ke pusingan kalah mati pada AFCON terakhir dan meletakkan mereka sebagai pendahulu selepas pencabar kumpulan Mesir dan Mozambique seri 2-2 pada perlawanan terdahulu.
"Ia terlalu bermakna, tetapi objektif mana-mana pasukan bagi perlawanan pertama mereka adalah untuk menang," kata jurulatih Cape Verde, Pedro 'Bubista' Brito.
Penyerang Cape Verde, Garry Rodrigues meraikan gol kemenangan 2-1 ke atas Ghana pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Stadium Felix Houphouet-Boigny, Abidjan awal pagi tadi. – Foto AFP
"Ia mempunyai rasa istimewa kerana pada AFCON pertama kami pada 2013, Ghana menyingkirkan kami.
"Kami mahu menunjukkan kepada dunia apa yang boleh kami lakukan, kami negara kerdil tetapi kami boleh bersaing dari segi bola sepak dengan semua pasukan di Afrika."
Perlawanan itu juga amat bermakna buat pemain gantian Ghana, Andre Ayew dengan pemain berusia 34 tahun itu muncul pemain ketiga beraksi dalam lapan edisi kejohanan.
Dia berkongsi rekod itu bersama Rigobert Song, kini jurulatih Cameroon dan bintang legenda Mesir, Ahmed Hassan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... erde-kejutkan-ghana |
|
|
|
|
|
|
| |
|