View: 7166|Reply: 0
|
[Terengganu]
Enam kedai ICT berisiko roboh akibat hakisan pantai
[Copy link]
|
|
TENGKU Zaihan (kiri) dan Zulkifli meninjau runtuhan tebing di Pantai Kampung Pachakan, Kuala Besut, semalam. FOTO Baharom Bakar
Kuala Terengganu: Enam unit kedai di pantai Kampung Pachakan, Kuala Besut, di sini, berisiko roboh selepas dibadai ombak besar, akhir bulan lalu.
Pesisir pantai yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara bagi menikmati ikan celup tepung (ICT) itu terhakis sejauh dua kilometer semasa fenomena ombak besar ketika Monsun Timur Laut (MTL) melanda negeri ini akhir bulan lalu.
Seorang penduduk, Zulkifli Deraman, 53, dari Kampung Pachakan, Kuala Besut, berkata kedudukan enam unit kedai itu kini berada kira-kira 30 meter daripada tebing selepas berlakunya hakisan pantai.
Katanya, benteng pemecah ombak dan membaikpulih tebing yang runtuh perlu disegerakan bagi mengelak enam unit kedai itu roboh.
"Kedudukan kedai dan lokasi hakisan pantai hanyalah kira-kira 30 meter dan bangunan itu berisiko runtuh jika berlakunya fenomena air pasang besar dan ombak besar," katanya.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, pihaknya meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantu membaiki runtuhan tebing dan membina benteng pemecah ombak di kawasan itu.
Katanya, hakisan pantai itu berlaku ketika kejadian ombak besar pada musim MTL akhir Disember lalu.
"Kita bimbang bangunan kedai itu ranap disebabkan hakisan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ibat-hakisan-pantai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|