CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2441|Reply: 0

[Kelantan] Memang ramai warga asing, tapi mereka bantu ekonomi peniaga

[Copy link]
Post time 14-1-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan di sekitar pusat bandar di stesen bas lama dan Pasar Pokok Pinang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Warga asing didakwa masih membanjiri beberapa lokasi di pusat bandar ini apabila menjadikanya sebagai tempat berkumpul termasuk untuk membeli barangan keperluan harian.

Tinjauan sekitar stesen bas lama dan Pasar Pokok Pinang, di sini, mendapati warga Bangladesh dan Myanmar datang ke lokasi itu dengan menaiki bas mahupun kereta sewa sebelum masing-masing berkumpul di beberapa lokasi.

Peniaga buah-buahan yang mahu dikenali sebagai Noraini, 55, berkata kebanyakan jualan peniaga di lokasi itu bergantung kepada pelanggan di kalangan warga asing berkenaan.

Menurutnya, mereka datang dalam kumpulan kecil antara tiga hingga lima orang untuk membeli pelbagai barangan di lokasi itu.



"Mereka biasanya datang berbelanja lebih RM100 seorang kerana mereka suka masak sendiri. Jadi dapatlah peniaga di sini duit lebih jika mereka datang.

"Pada pengamatan saya, mereka tidak kacau orang dan bersyukur kerana ada warga asing ini yang membeli barangan kami," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Azizah, 40, berkata sebagai wanita, dia sudah semestinya ada rasa takut melihat kebanjiran warga asing di bandar itu.

"Saya menggunakan bas hampir setiap minggu untuk datang ke bandar ini bagi membeli barangan dapur. Jadi saya sedikit bimbang dengan kehadiran mereka, namun setakat ini saya tidak pernah mengalami gangguan," katanya.

Namun katanya, dia berharap pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan untuk mengelakkan lebih ramai warga asing berkumpul di lokasi itu terutama pada hujung minggu.

"Ini berikutan, pada setiap Jumaat ratusan warga asing akan datang ke sini untuk membeli-belah dan jika tidak dibendung kemungkinan lebih ramai lagi akan datang berkumpul di lokasi ini," katanya.

Terdahulu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 238 warga asing dalam serbuan sempena Ops Kutip di sekitar pusat bandar, minggu lalu.

Lokasi serbuan turut membabitkan kawasan Pasar Pohon Pinang, stesen bas lama dan sekitar Jalan Dato' Pati yang didakwa dibanjiri warga asing sekali gus menimbulkan keresahan awam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntu-ekonomi-peniaga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.229901 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list