View: 2487|Reply: 0
|
[Kelantan]
Gagal hantar ganja guna perkhidmatan kurier
[Copy link]
|
|
Dadah jenis ganja dan methamphetamine yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis kurier di Rantau Panjang, minggu lalu. Foto IHSAN JKDM
KOTA BHARU – Taktik licik penyeludup yang menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar dadah jenis ganja dan methamphetamine bernilai lebih RM5,853 berjaya dihidu oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Kelantan semasa memeriksa sebuah premis di Rantau Panjang, dekat sini minggu lalu.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya menyerbu premis kurier terbabit kira-kira pukul 10 pagi pada 4 Januari lalu, selepas menerima maklumat daripada orang awam.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap dua bungkusan di premis itu menemui ketulan ganja mampat seberat lebih 1,490 gram dan 168 biji pil methamphetamine.
“Siasatan awal yang mendapati, penyeludup membawa masuk dadah-dadah tersebut melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.
“Dadah tersebut kemudiannya akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... erkhidmatan-kurier/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|