CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5647|Reply: 0

[Pahang] Pencuri ganti lembu dicuri dengan lembu hitam

[Copy link]
Post time 14-1-2024 12:56 PM | Show all posts |Read mode

Penyernak, Wan Mohd Sofian Wan Mohamed mengikat lembu hitam diberikan pencuri sebagai ganti lembu miliknya yang dicuri di Kampung Batu Hitam. NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Seorang penternak berjaya merakamkan gambar tiga individu yang disyaki cuba mencuri seekor lembu jantan peliharaannya bernilai RM5,000 di Kampung Batu Hitam, di sini, untuk dijadikan bukti kegiatan jahat mereka.

Wan Mohd Sofian Wan Mohamed, 40, berkata ketika kejadian petang kelmarin, sekumpulan lima individu termasuk seorang wanita sedang berusaha memindahkan lembu miliknya selepas haiwan terbabit pengsan, dipercayai selepas ditembak dengan ubat pelali.

Dia berkata, seorang daripada mereka yang terbabit adalah warga asing yang tinggal dalam kawasan kebun buah-buahan milik penduduk setempat.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terserempak dengan kumpulan terbabit di tepi jalan utama seolah-olah menunggu sesuatu dalam kawasan semak, kira-kira 100 meter dari kebunnya.



"Dalam keadaan curiga saya bertanya pada seorang ahli kumpulan terbabit tujuan mereka berada di situ. Dia mendakwa untuk mengambil seekor lembu milik seorang daripada mereka.

"Untuk kepastian, saya ke tempat lembu yang sedang terbaring dan mendapati lembu jantan itu adalah milik saya yang sebelum ini dibiarkan bebas untuk mencari makan di luar kawasan kebun.

"Saya bertindak mengambil gambar tiga lelaki, dua lagi individu yang dipercayai terbabit menembak lembu dengan ubat pelali berjaya melarikan diri menggunakan kenderaan pacuan empat roda," katanya, di sini semalam.

Wan Mohd Sofian berkata, dia mengarahkan individu terbabit membiarkan lembu berkenaan di situ dengan harapan haiwan terbabit kembali sedar dan kembali ke kebunnya pada malam itu.

Katanya, harapan untuk melihat lembu miliknya kembali ke kebunnya meleset apabila haiwan berkenaan dipercayai dilarikan kumpulan pencuri terbabit pada waktu malam.

"Bagi menyelesaikan kes secara baik, saya bertemu dengan lelaki yang menjadi dalang kegiatan itu dan penyelesaian dicapai apabila lelaki itu bertindak menggantikan lembu yang dicuri dengan seekor lembu jantan berwarna hitam.

"Saya berharap kejadian yang berlaku kelmarin dapat menyelesaikan kes curi lembu yang berlarutan sejak lima tahun lalu di Kampung Batu Hitam.

"Dalam tempoh tiga tahun saya kehilangan sembilan ekor lembu jantan bernilai lebih RM40,000 yang sedia dijual untuk ibadah korban," katanya yang kini memiliki lapan ekor lembu jantan.

Beliau berkata, bagi memastikan kes curi lembu tidak terus berulang, dia bertindak membuat laporan kehilangan lembu di Balai Polis Beserah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
https://www.bharian.com.my/berit ... -dengan-lembu-hitam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053471 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list