NIBONG TEBAL: Sebuah makmal komputer musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 10.10 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Zaki Sabri dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal itu turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Sungai Bakap.
Sebuah makmal komputer musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. - Foto ihsan PGO JBPM Pulau Pinang