View: 18074|Reply: 0
|
Sanggup lakukan apa saja untuk menang - Cools
[Copy link]
|
|
SESI latihan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan pertama menentang Jordan dalam saingan Piala Asia. -FOTO FAM
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tidak mahu mengangkat bendera putih terlalu awal dengan mahu memastikan Jordan menjadi mangsa pertama pada aksi kumpulan E pada 16 Januari ini.
Tonggak Harimau Malaya Dion Cools berkata, dia akan berjuang habis-habisan untuk memperoleh tiga mata sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam saingan kumpulan E.
Cools yang juga pemain Buriram United berkata, rakan sepasukannya sudah bersedia melakukan kejutan dengan mengharungi apa jua rintangan dan cabaran demi mengharumkan nama negara di pentas Piala Asia.
"Saya akan melakukan apa sahaja untuk memenangi permainan ini. Ia adalah satu pencapaian yang menakjubkan jika anda boleh layak ke pusingan seterusnya.
"Saya benar-benar percaya bahawa pasukan kami mampu melakukannya. Saya akan berlari, saya akan berjuang, saya akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kita mampu memenangi permainan," katanya.
Selain itu, pemain berusia 27 tahun itu berkata, walaupun Jordan dan Bahrain termasuk Korea Selatan memiliki kelebihan daripada segi fizikal namun barisan pemain Harimau Malaya juga terkenal dengan kepantasan serta kelicikan sekali gus mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan lain.
"Kita ada kualiti kita, mereka ada kualiti mereka. Jadi saya tidak mengambil berat mengenainya kerana setiap pasukan ada kekuatan masing-masing.
"Jika Pasukan Jordan ada pemain besar dan tinggi, tapi pemain Harimau Malaya laju dan lincah. Itu kelebihan kita," katanya.
Malaysia akan membuka tirai Piala Asia dengan bertemu Jordan Selasa ini di Stadium Al Janoub diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.
Ini adalah kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -untuk-menang-cools |
|
|
|
|
|
|
| |
|