CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2616|Reply: 0

Kemenangan Bayern buat Beckenbauer.

[Copy link]
Post time 13-1-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Bayern meraih gol jaringan Jamal Musiala. -FOTO Reuters

Munich, Germany: Jamal Musiala menjaringkan dua gol dan Harry Kane menambah gol lewat perlawanan ketika Bayern Munich menang 3-0 di tempat sendiri ke atas Hoffenheim ketika kelab itu memperingati Franz Beckenbauer.

Beckenbauer menghabiskan sebahagian besar kariernya di Bayern dan membantu menjadikan mereka sebagai kuasa besar Eropah, meninggal dunia pada usia 78 tahun Ahad lalu.

Dia dikebumikan beberapa jam sebelum sepak mula dengan Bayern memberi penghormatan untuk legenda bola sepak Jerman itu.

Musiala dilahirkan dua dekad selepas Beckenbauer bersara daripada bola sepak pada 1983, menjaringkan gol di kedua-dua babak untuk memastikan pasukan tuan rumah memperingatinya dengan cara terbaik.



"Apabila anda bermain untuk Bayern, anda tahu dia seorang legenda" kata Musiala.

"Dia melakukan banyak perkara untuk Bayern. Kami mahu mendapatkan kemenangan untuknya, sebagai tanda hormat.

"Dia bermain sebelum zaman saya tetapi dari apa yang saya lihat, video, dan apa yang saya dengar, dia seorang legenda."

Kane menjaringkan gol pada minit terakhir masa sebenar untuk gol liga ke-22nya selepas 16 perlawanan sejak menyertai Bayern pada musim panas.

Sebelum sepak mula pada hari Jumaat, pemain dan 75,000 peminat berdiam diri seminit untuk mengenang Beckenbauer, satu daripada tiga pemain yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rn-buat-beckenbauer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.113113 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list