CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2588|Reply: 0

Piala Asia: Tiga kunci utama benam Jordan

[Copy link]
Post time 13-1-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN negara perlu memastikan kecergasan berada di tahap terbaik serta menggunakan kebijaksanaan dalam usaha memerangkap Jordan kali ini. - AFP

TIGA elemen utama menjadi aspek terpenting buat Harimau Malaya untuk menafikan kelebihan Jordan yang bakal diperkuatkan oleh beberapa tonggak utama yang sedang beraksi dan pernah menyertai kelab Liga Malaysia (Liga M).

Berdasarkan senarai 26 pemain, The Chivalrous Ones menyenaraikan empat pemain yang memiliki pengalaman di Liga M iaitu Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab (Selangor FC), Fadi Awad (PDRM FC) dan Mahmoud Al-Mardi (KDA FC).

Selain perlu menyaingi kelebihan fizikal, pemain negara juga perlu bermain dengan lebih bijak serta mengekalkan kecergasan bagi menampung intensiti perlawanan antarabangsa terutamanya ketika menentang negara dari Asia Barat itu.

Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe yang begitu mengenali Al-Rawabdeh dan Al-Arab sendiri mengakui dua pemain ini memiliki kelebihan tersendiri, namun merasakan pengalaman mereka di Liga M tidak beri kelebihan besar buat Jordan.

“Noor adalah arkitek kepada Jordan, tetapi saya percaya pemain seperti Mickey (Faisal Halim) dan Brendan Gan cukup mengenalinya. Fizikal Noor mungkin tidak sekuat Yazan tetapi dia sentiasa ada idea untuk mengawal bahagian tengah.

“Yazan pula memang memiliki kekuatan fizikal, adakalanya dia ‘termakan’ dengan provokasi, tetapi sekarang mungkin dia lebih matang terutamanya selepas apa yang jadi ketika bersama Selangor.

“Jadi, sekarang bukan saja mereka tahu tentang Malaysia, pemain kita pun akan tahu apa kekuatan dan kelemahan mereka. Mickey dan Brendan sudah kenal dua pemain ini dan sudah pasti mereka akan kongsikan dengan rakan sepasukan lain dalam Harimau Malaya,” katanya.

Sementara itu, pengendali PDRM FC, Datuk Yunus Alif melabel Awad sebagai pemain ‘lipas kudung’ dan memiliki hantaran berkualiti tinggi menyebabkan barisan pemain pertahanan negara perlu memberikan sedikit tumpuan terhadapnya.

“Kalau ikutkan saya baharu saja kenal dia (Awad), tetapi saya boleh katakan dia seorang pemain yang rajin dan mampu menstabilkan pasukan ketika menyerang, malah dia mampu membantu benteng pertahanan.

“Tidak ada kelebihan pun untuk Jordan, tetapi pemain mereka pasti tahu tentang Malaysia kerana ada diantara mereka beraksi di sini.

“Saya dapat nampak keserasian antara pemain kita semakin baik dan sekarang kita main saja dengan cara sendiri. Bagi saya paling penting adalah jangan terlalu asyik untuk menyerang hingga tinggalkan ruang di bahagian bawah.

“Ini kerana pemain dari Arab memiliki kepantasan, lagi-lagi apabila aksi antarabangsa yang pastinya tempo akan jadi laju dan sebab itu kita pun kena pantas tutup ruang apabila hilang bola,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... utama-benam-jordan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.215702 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list