CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7800|Reply: 0

[Kelantan] Zamil harap kudrat dua adik

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode

AKIDI (dua dari kanan) menyantuni keluarga Zamil ketika ditemui di kediamannya di Kampung Jenereh Bongkok. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Machang: Kehidupan Zamil Zakaria, 39, kini hanya mengharapkan bantuan adik-beradiknya untuk menguruskan dirinya yang lumpuh separuh badan akibat diserang ahmar buat kali ketiga sejak lebih seminggu lalu.

Zamil berkata, keadaan itu membuatkan dia yang turut mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolestrol terlantar disebabkan lumpuh sebelah kiri badan.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas isterinya pada 2017, dua adiknya iaitu Faiz Hakimi, 32, dan Siti Nor Afifah, 37, menjadi harapannya apabila mereka akan bergilir-gilir untuk menjaganya di rumah.

"Sebelum ini saya pernah diserang angin ahmar, namun masih boleh berjalan serta menguruskan diri sendiri.



"Bagaimanapun, serangan kali ini menyebabkan saya terlantar selain perlu memakai lampin pakai buang," katanya di kediamannya di Kampung Jenereh Bongkok, di sini.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) yang diketuai Ketua Unit Media dan Komunikasi, Akidi Hamid bagi menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban mereka.

Zamil yang juga anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia bersyukur kerana masih ada adik-beradik yang sanggup menguruskannya dan tidak menganggapnya sebagai beban kerana kasih sayang antara mereka melebihi segala-galanya.

"Selain perlu menguruskan saya, pada masa sama mereka juga perlu menguruskan ayah yang menghidap angin ahmar," katanya.

Katanya, dia sebolehnya tidak mahu menyusahkan adik-beradik, namun tidak mempunyai pilihan dan perlu mengharapkan belas ihsan daripada mereka.

"Dalam masa sama, saya juga mencari alternatif dengan berubat secara tradisional dengan harapan akan pulih seperti sediakala dan boleh mencari rezeki kembali tanpa menyusahkan sesiapa.

"Setiap hari saya tidak putus berdoa kepada Allah SWT agar kuat melawan penyakit dan segera sembuh agar dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rap-kudrat-dua-adik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.459910 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list