View: 9978|Reply: 0
|
[Kelantan]
Cubaan seludup gula ke Thailand gagal
[Copy link]
|
|
KPDN Kelantan merampas 1,200 kilogram (kg) gula yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand. FOTO ihsan KPDN
Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 1,200 kilogram (kg) gula dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, semalam.
Rampasan dilakukan kira-kira 4.40 petang hasil Operasi Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di Kampung Kelar, Pasir Mas.
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, pihaknya mengesan Proton Persona dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori kenderaan berkenaan.
"Bagaimanapun, suspek menyedari diekori kemudian berhenti dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran tanpa dikesan.
"Pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit menemui 1,200 kg gula pasir. Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan bekalan daripada pemborong di sekitar Pasir Mas untuk dihantar ke negara jiran menerusi pengakalan haram," katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, rampasan gula serta kereta berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM13,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-ke-thailand-gagal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|