CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7321|Reply: 0

Saya sangat bangga - Klopp

[Copy link]
Post time 8-1-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Arsenal, Kiwior menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Liverpool. -FOTO Reuters

London: Jurgen Klopp memuji semangat juang Liverpool ketika mereka terus menekan Arsenal apabila menang 2-0 dalam pusingan ketiga Piala FA awal pagi tadi.

Skuad kendalian Klopp terpaksa bertahan dengan serangan bertali arus Arsenal di Stadium Emirates sebelum dua gol pada lewat perlawanan memberikan mereka kejayaan yang bermakna.

Pemain Arsenal, Jakub Kiwior menanduk masuk sepakan percuma Trent Alexander-Arnold ke gawang sendiri pada minit ke-80 dan Luis Diaz melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.

Dengan ketiadaan Virgil van Dijk yang mengalami kecederaan serta Mohamed Salah dan Wataru Endo yang terbabit dengan tugasan antarabangsa, Liverpool menunjukkan mereka mempunyai watak yang diperlukan untuk memenangi trofi musim ini.



"Akhirnya kami berjaya. Saya sangat gembira kami boleh memenangi perlawanan ini. Arsenal boleh memenanginya tanpa keraguan. Kami menamatkannya dan bercakap selepas apa yang ditunjukkan pemain," kata Klopp.

"Saya sangat bangga. Ia undian yang sangat sukar. Mungkin yang paling sukar yang kita boleh dapat.

"Ia bukan permainan yang mudah untuk ditempuhi pada separuh masa pertama. Kami berubah sedikit pada separuh masa.

"Kami benar-benar berada dalam permainan pada separuh masa kedua. Kami menjaringkan gol dan bertarung selama 95 minit."

Pendahulu Liga Perdana yang kini berusaha memburu empat trofi akan menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Fulham pada pertengahan minggu dengan Klopp berasa lega dapat mengelak perlawanan ulangan Piala FA yang meletihkan.

Liverpool berada dua mata di hadapan Aston Villa di tempat kedua dan lima di atas Arsenal di tangga keempat ketika mereka memburu kejuaraan pertama sejak 2020.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sangat-bangga-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036168 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list