View: 11180|Reply: 0
|
PSG julang Trofi Juara Perancis ke-10
[Copy link]
|
|
PSG muncul juara Trofi Juara Perancis selepas menewaskan Toulouse. -FOTO AFP
Paris: Lee Kang-in dan Kylian Mbappe menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk membolehkan Paris Saint-Germain menjulang piala pertama mereka musim ini selepas menewaskan Toulouse 2-0 di final Trofi Juara Perancis.
Kang-in bermain perlawanan terakhirnya sebelum ke Piala Asia di Qatar bersama Korea Selatan, meletakkan PSG di depan pada minit ketiga, meletakkan Toulouse dalam kesukaran di Parc des Princes.
Mbappe kemudiannya menambah gol kedua sebelum separuh masa pertama tamat untuk PSG merangkul Trofi Juara-Juara buat kali ke-10 dari 11 musim terakhir.
"Kami luar biasa pada separuh masa pertama. Ia adalah 45 minit terbaik kami di sini," kata jurulatih PSG, Luis Enrique selepas meraih trofi pertamanya sebagai jurulatih sejak meninggalkan Barcelona pada 2017.
Piala Super versi Perancis lazimnya menjadi pembuka tirai musim ini dan biasanya diadakan di luar negara sejak 15 tahun lalu, termasuk di Tel Aviv pada awal kempen terakhir sebelum ini.
Edisi musim ini pada mulanya akan dianjurkan di Thailand pada Ogos sebelum ditangguhkan dan diadakan di stadium PSG sendiri dan bukannya di kawasan neutral.
Kelebihan selaku tuan rumah memberikan pasukan Luis Enrique yang juga juara bertahan Ligue 1, kelebihan apabila mereka membuka jaringan menerusi salah satu serangan pertama mereka apabila Kang-in merembat masuk bola selepas menerima hantaran Ousmane Dembele.
Ia adalah gol ketiga musim ini untuk Kang-in yang berkemungkinan besar akan memainkan peranan utama buat Korea Selatan yang menyasarkan untuk memenangi Piala Asia buat kali pertama sejak 1960.
Toulouse yang mengambil bahagian selepas memenangi Piala Perancis musim lalu, hampir menyamakan kedudukan pada lewat separuh masa pertama namun rembatan Thijs Dallinga ditepis oleh penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.
Sebaliknya PSG menjaringkan gol sekali lagi sejurus sebelum rehat apabila Mbappe yang tamat kontrak pada penghujung musim ini dan kini bebas untuk membincangkan syarat dengan kelab lain, mengambil hantaran Bradley Barcola sebelum melakukan rembatan kencang ke gawang untuk gol yang ke-22 dalam semua pertandingan musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uara-perancis-ke-10 |
|
|
|
|
|
|
| |
|