CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10869|Reply: 0

Onana tangguh penampilan bersama Cameroon demi United

[Copy link]
Post time 4-1-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode

ONANA (tengah) mahu beraksi bersama United di Piala FA. -FOTO APF

London: Manchester United dan Cameroon mencapai persetujuan mengenai bila penjaga gol, Andre Onana akan membuat penampilan di Piala Negara-Negara Afrika.

Onana yang juga penjaga gol utama United, disenaraikan dalam skuad 27 pemain Cameroon untuk kejohanan itu yang akan berlangsung pada 13 Januari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu dijangka terlepas sehingga enam perlawanan bersama United persetujuan sudah dicapai yang mana dia kini tidak akan meninggalkan Old Trafford sehingga 14 Januari.

Ini bermakna Onana boleh bermain dalam pertembungan pusingan ketiga Piala FA menentang Wigan pada 8 Januari dan perlawanan Liga Perdana dengan Tottenham enam hari kemudian.



Onana dikatakan berminat bermain di Piala FA dan mahu menangguhkan panggilan antarabangsanya untuk menyertai pertandingan ikonik Inggeris itu.

Bintang Cameroon akan bertemu di kem pemanas badan di Arab Saudi, di mana mereka akan bermain perlawanan persahabatan menentang Zambia pada 9 Januari sebelum berlepas ke Ivory Coast untuk perlawanan pembukaan menentang Guinea enam hari kemudian.

Onana memutuskan untuk bersara daripada tugas antarabangsa tahun lalu berikutan pertelingkahan dengan pengurus Rigobert Song di Piala Dunia Qatar tetapi kembali pada September.

Pengendali United, Erik ten Hag sebelum ini berkata, dia tenang mengenai kemungkinan kehilangan Onana kepada Cameroon berkata: "Apabila dia pergi ke sana, kami masih mempunyai kumpulan penjaga gol yang baik seperti Altay Bayindir dan Tom Heaton jadi kami selesa.

"Sudah tentu, kami berharap Andre boleh diturunkan sebanyak mungkin, tetapi jika tidak kami mempunyai dua penjaga gol lain yang boleh menggantikannya."

Onana tiba di United pada musim panas ini dalam perjanjian £47 juta (RM276.26 juta) daripada Inter Milan dan dia mengalami permulaan yang goyah apabila melakukan beberapa siri kesilapan untuk Red Devils.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ameroon-demi-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035685 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list