View: 18184|Reply: 0
|
Program naturalisasi patut diteruskan - Morales
[Copy link]
|
|
MORALES bersedia untuk bermain di posisi lain selain penyerang. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
Kuala Lumpur: Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales berpendapat program naturalisasi patut diteruskan kerana ia terbukti memberi impak sangat positif kepada bola sepak di Malaysia terutama sekali terhadap pasukan kebangsaan.
Menurutnya, gabungan pemain tempatan dan pemain naturalisasi membuahkan hasil yang baik terutama dari segi ranking pasukan negara.
"Saya fikir Malaysia melakukan kerja yang hebat dalam beberapa tahun terakhri ini. Pasukan kebangsaan meningkat dengan begitu banyak dan bola sepak tempatan juga berkembang dengan pesat. Malah saya boleh melihat bagaimana ia berkembang dengan pantas.
"Sudah pasti perkara itu (program naturalisasi) baik untuk bola sepak tempatan dan juga buat pasukan Malaysia dan berharap segala-galanya berjalan dengan baik," katanya.
Selain itu, pemain berusia 26 tahun itu juga bersedia untuk bermain di posisi lain selain penyerang jika pengendali Harimau Malaysia, Kim Pan-gon mahu dirinya melakukan perkara itu.
"Saya pernah beraksi di beberapa posisi sebelum ini. Saya sedia untuk bermain di mana-mana posisi tak kira sama ada penyerang atau pemain sayap. Saya akan berikan yang terbaik buat Malaysia dan akan cuba menyesuaikan diri dengan posisi tersebut.
"Saya harus bersedia kerana saya tahu pasukan kebangsaan mempunyai berkualiti sangat baik. Jadi saya perlu berusaha lebih baik bagi mendapatkan tempat dan bersedia untuk mengambil peluang serta memberikan apa sahaja yang diperlukan oleh pasukan kebangsaan, "katanya.
Sementara itu, Morales antara 26 pemain yang dipanggil untuk persiapan pasukan Malaysia bagi menghadapi Piala Asia di Qatar bulan depan.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap dengan pendiriannya untuk menghentikan program naturalisasi pemain bola sepak profesional bagi memberi peluang kepada pemain tempatan membarisi skuad kebangsaan.
Bagaimanapun. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak sesekali menghalang kelab ataupun negeri untuk meneruskan program naturalisasi ini kerana itu adalah hak setiap pihak pengurusan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -diteruskan-morales |
|
|
|
|
|
|
| |
|