CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4162|Reply: 0

[Selangor] Mahkamah: Pak cik liwat anak saudara kena penjara 10 tahun, tiga sebatan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya, tiga tahun lalu.-Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Perbuatan terkutuk seorang pelayan restoran meliwat anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun, tiga tahun lalu membawa padah apabila dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Syafeera Mohd. Said menjatuhi hukuman terhadap tertuduh yang merupakan pesalah muda semasa kejadian selepas meneliti segala hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan selain laporan akhlak dan syor dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk khidmat masyarakat.

Hukuman penjara terhadap tertuduh yang kini berusia 20 tahun tersebut bermula hari ini.

Sepanjang tempoh pemenjaraan, lelaki itu diperintahkan menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh penjara berkenaan.

Mahkamah turut menolak penangguhan hukuman yang dipohon Peguam Muhammad Syawal Mohd. Razak yang mewakili tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii iaitu meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, pada pukul 11.30 malam, 27 Mac 2020.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan, sekiranya disabitkan kesalahan.

Terdahulu, pada prosiding mitigasi, Muhammad Syawal menyatakan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan diharap diberikan peluang kedua.

Katanya, tertuduh juga bekerja di sebuah kedai makan di Shah Alam dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

“Anak guam saya merupakan anak bongsu daripada 11 beradik dan telah hilang tempat pergantungan selepas menjadi yatim piatu sejak berusia tujuh tahun sebelum tinggal bersama abangnya.

“Semasa kejadian, OKT (Orang Kena Tuduh) berusia 17 tahun dan merupakan pesalah muda,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri bagaimanapun menegaskan, perlakuan OKT yang telah meliwat mangsa menunjukkan bahawa dirinya tiada sifat ihsan dan belas kasihan terhadap mangsa yang berusia tujuh tahun.

Jelasnya, pihak pendakwaan memohon Mahkamah yang mulia ini mengambil kira kekerapan kes-kes jenayah berbentuk seksual terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat dan berleluasa terutama sekali di Selangor.

“Seperti mana kejadian buruk ini akan menghantui mangsa sepanjang hidupnya, begitu jugalah hukuman yang dikenakan kepada OKT mestilah dapat memberi pengajaran berat agar OKT insaf dan tidak sesekali mengulangi kesalahan jijik dan hina seperti ini,” katanya.

Sepanjang prosiding perbicaran bermula 3 April lalu menyaksikan seramai enam saksi masing-masing dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... tahun-tiga-sebatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.486478 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list