|
CHELSEA tumbang di tangan Wolves dalam saingan EPL, malam tadi. FOTO Agensi
London: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino akui kecewa kekalahan 1-2 di tangan Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Katanya, terlalu banyak kelemahan perlu diatasi dan sambutan Krismas kali ini agak suram buat pasukan itu.
"Kami sudah melakukan sebaik mungkin sejak awal musim ini, di mana pasukan ini dibarisi ramai pemain muda," katanya kepada Sky Sports.
"Namun begitu, ia tidak bermakna kami tidak boleh memberi saingan. Ada pemain muda yang baru pertama kali beraksi di EPL dan mungkin perlukan masa menyesuaikan diri.
"Ia berkaitan keyakinan dan kualiti, terlalu banyak kesilapan. Kami harus menjaringkan gol jika mahu menang.
"Kami amat kecewa, saya juga kecewa kerana pada lima minit pertama babak kedua kami memberikan terlalu banyak sepakan penjuru," katanya.
Dalam aksi itu, Mario Lemina meletakkan Wolves di depan pada minit 51 sebelum Matt Doherty mengukuhkan kedudukan tuan rumah dengan gol kedua, tiga minit selepas masa kecederaan.
Pelawat meraih gol saguhati tiga minit selepas itu menerusi pemain gantian, Christopher Nkunku tetapi ia tidak cukup untuk membantu The Blues membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... elemahan-pochettino |
|