View: 6892|Reply: 0
|
Inter lebar penguasaan di puncak Serie A
[Copy link]
|
|
PEMAIN Inter Milan, Nicolo Barella meledak gol kedua ke atas Lecce. FOTO Agensi
Milan: Inter Milan mengekalkan pendahuluan empat mata mereka di puncak Serie A selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Lecce, manakala Napoli tumbang 0-2 di Roma yang terpaksa bermain dengan sembilan pemain.
Dua gol Inter disumbangkan oleh Yann Bissek dan Nicolo Barella masing-masing pada minit 43 dan 78, dengan Lecce terpaksa beraksi tanpa seorang pemain selepas Lameck Banda dilayangkan kad merah di minit 83.
Hasil kemenangan itu membolehkan Inter terus mengekalkan kedudukan di puncak liga mengatasi Juventus di tangga kedua dengan perbezaan empat mata.
"Kami turun untuk perlawanan ini dengan motivasi tinggi selepas kalah dalam kempen piala sebelum ini dan situasi itu nyata tidak menggembirakan.
"Tetapi pemain berjaya melupakannya dan bangkit untuk meraih kemenangan dan ia menggembirakan saya dan pasukan," kata pengurus pasukan, Simone Inzaghi.
Inter sedang memburu kejuaraan liga ke-20 dan berada di landasan tepat untuk melakukannya selepas menewaskan Lecce yang menghuni tangga ke-12 Serie A.
Sementara itu, penyerang Inter Marko Arnautovic berazam untuk kembali lebih tajam di depan gawang selepas kecewa tidak dapat meledak gol biarpun memiliki beberapa peluang keemasan mencetak nama selaku penjaring.
"Rakan sepasukan tahu saya dalam keadaan sukar. Saya hampir untuk menjaringkan gol dan kembali di tahap terbaik. Namun ia bukan mudah dan saya akan cuba lagi," kata Arnautovic.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aan-di-puncak-serie |
|
|
|
|
|
|
| |
|