CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26892|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tak wajar kaitkan ribut solar, bumi bergelap dengan hari kiamat - Mufti

[Copy link]
Post time 23-12-2023 05:35 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

Georgetown: Kaitan fenomena ribut suria pada 2024 dan keadaan bumi bergelap bagi tempoh tertentu dengan hari kiamat adalah tidak wajar, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Wan Salim berkata, perkara itu boleh mencetuskan suasana panik dan kegusaran dalam kalangan orang awam.

"Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu merujuk kepada sumber berautoriti dan tidak menyebarkan perkara yang tidak pasti.

"Keimanan kita terhadap hari kiamat yang pasti akan terjadi adalah berdasarkan panduan daripada al-Quran dan as-Sunnah.


"Jadi, marilah kita menginsafi dan menghayati kekuasaan Allah serta kebesaran-Nya di sebalik fenomena ini," katanya menerusi kenyataan di sini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, dalam Islam, perkara yang akan berlaku di masa hadapan, tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah SWT.

Malah Nabi Muhammad SAW sendiri mengetahui mengenai perkara ghaib dan masa akan datang berdasarkan wahyu yang disampai kepada baginda.

"Berdasarkan pedoman al-Quran dan hadis, kejadian bumi bergelap atau matahari tidak kelihatan hanya berlaku dalam tiga keadaan iaitu ketika malam hari, gerhana matahari dan menjelang terbit matahari dari barat sebagai antara tanda besar hari kiamat.

"Dalam riwayat hadis dinyatakan bahawa matahari tidak kelihatan selama dua atau tiga hari sebelum ia muncul semula dari barat," katanya lagi.

Menurut Wan Salim, Nabi Muhammad SAW juga mengingatkan bahawa dengan terbit matahari dari barat bermaksud pintu taubat bagi sekelian manusia sudah ditutup.

"Manakala fenomena ribut suria yang dijangka melanda bumi bermula awal tahun hadapan merupakan satu fenomena biasa yang bukan pertama kali berlaku dan boleh dijangka kejadian seterusnya oleh ahli astronomi.

"Ianya merupakan sebahagian daripada aktiviti rutin matahari dan berdasarkan kajian daripada badan berautoriti yang berkaitan, ia dijangka memberi kesan kepada bumi tetapi pada kadar yang minima," katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MySA) Azlikamil Napiah menasihati orang ramai supaya tidak perlu panik susulan kenyataan saintis dari United Kingdom yang mengeluarkan amaran ribut solar tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-hari-kiamat-mufti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.568251 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list