View: 6864|Reply: 0
|
Akinade hampir pasti milik TFC
[Copy link]
|
|
ISMAHEEL Akinade dilaporkan bakal sertai TFC musim depan. FOTO Agensi
Kuala Terengganu: Spekulasi mengenai status penyerang import, Ismaheel Akinade yang dikatakan bakal menyarung jersi skuad Terengganu FC (TFC) pada musim depan kini hampir menjadi kenyataan.
Bagaimanapun pemain yang mewakili Kelantan FC pada awal musim sebelum berpindah ke Kelantan United pada pertengahan musim kini dalam proses rundingan akhir antara kedua-dua pihak.
Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pemain tinggi lampai itu akan menyarung jersi skuad Penyu pada musim depan.
Jelasnya, ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun kelahiran Nigeria itu.
"Ya saya tidak menafikan pemain itu (Akinade) berada dalam senarai tonggak import pasukan TFC pada musim depan.
"Lagipun ketua jurulatih, Steinbruckner sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Akinade bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan.
"Apapun kita harap penyokong menunggu keputusan muktamad daripada pihak pengurusan sama ada pemain itu bakal menyarung jersi TFC ataupun sebaliknya, lagipun aksi Liga Malaysia (Liga M) masih lagi panjang iaitu berbaki lima bulan lagi," katanya.
Terdahulu kelibat pemain berketinggian 1.90 meter itu berada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak menyaksikan perlawanan terakhir Liga Super antara TFC menentang Perak pada 17 Disember lalu.
Berdasarkan rekod pada musim ini, Akinade meledak tujuh gol dalam kancah Liga M menerusi 16 penampilannya.
Sebelum beraksi dalam Liga M, dia pernah berkelana di Vietnam bersama pasukan Ho Chi Minh City pada 2019 dengan menjaringkan empat gol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pir-pasti-milik-tfc |
|
|
|
|
|
|
| |
|