CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10894|Reply: 0

[Perak] Bekas pegawai bank berhadapan empat pertuduhan perdaya mangsa buat pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 19-12-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Pathmanathan (tengah) ketika tiba di Mahkamah Majistret Kampar hari ini.

KAMPAR – Seorang bekas pegawai sebuah bank didakwa di Mahkamah Majistret Kampar di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu dengan memperdaya empat individu untuk membuat pelaburan membabitkan kerugian lebih RM17,000.

Kesemua pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil kepada M. Pathmanathan, 43, di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar.

Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh menipu N. Rajasuari Nagamuthu, 66, pada 13 Januari 2023 antara pukul 11.15 hingga 11 pagi di sebuah bank di Kampar dengan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang berjumlah RM5,000 bagi mendapatkan keuntungan daripada pelaburan atas nama Affin Hwang Bond yang tidak wujud, dengan kesalahan itu dilakukan adalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman dikenakan jika didapati bersalah ialah penjara selama tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Mengikut pertuduhan kedua, pada 17 Jun 2022 kira-kira pukul 11.30 pagi di bank yang sama telah memperdaya M. Renganathan, 53, supaya menyerahkan wang berjumlah RM7,300 kepadanya bertujuan untuk mendapatkan pelaburan Maybank Affin Hwang Bond yang tidak wujud.

Kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan ketiga pula, pada 25 Mac 2019 di bank yang sama tertuduh didakwa memperdaya K. Puvanaiswary, 57, supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,550 bagi mendapatkan pelaburan Maybank Affin Hwang Bond yang tidak wujud.

Kesalahan dilakukan itu adalah di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, dengan hukuman jika didapati bersalah ialah penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di bawah pertuduhan keempat pula, pada 25 Mei 2022 kira-kira pukul 7.24 petang di bank yang sama tertuduh telah memperdaya S. Saravanan, 51, supaya menyerahkan RM3,500 kepadanya bertujuan mendapatkan pelaburan Maybank Affin Hwang yang tidak wujud.

Kesalahan dilakukan itu juga adalah di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada pengakuan daripada tertuduh yang diwakili oleh peguam Manal Hayati Mohd. Arif.

Peguam tertuduh memohon jaminan rendah alasan anak guamnya telah bercerai dan menanggung dua orang anak berusia 15 dan 17 tahun yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,500 dengan penjamin bagi kesemua pertuduhan. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... aburan-tidak-wujud/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.089270 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list