View: 6485|Reply: 9
|
[Politik]
"Kami tak kejar jawatan Kabinet", Takiyuddin kena setempek, ambik kauuuuu!
[Copy link]
|
|
Edited by pengecattaik at 19-12-2023 12:00 PM
PETALING JAYA: Sokongan lima wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan bagi mengejar jawatan dalam Kabinet, sebaliknya hanya mahu peruntukan bantu rakyat, kata Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman.
Suhaili yang digantung enam tahun daripada Bersatu berkata beliau bersama empat lagi tidak pernah meletakkan syarat seumpama itu, sambil menegaskan keputusan melantik seseorang ke dalam pentadbiran Putrajaya adalah prerogatif Anwar.
Selain Suhaili, turut menyokong kerajaan Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).
“Jadi kita yang berlima tidaklah meletakkan syarat atau harapan bagi sokongan dilantik, tapi jika ada itu satu pengiktirafan…nampak buruk jika kami nyatakan bahawa kami tidak dilantik, tidak boleh macam itu.
“Sedangkan masa buat pengisytiharan, kita sokong perdana menteri demi dapatkan peruntukan untuk kawasan, itu kena konsisten,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, beliau menganggap ‘kekecewaan’ Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berhubung tiada seorang daripada lima Ahli Parlimen PN menyokong Anwar dilantik dalam rombakan Kabinet, minggu lalu hanya sebagai provokasi.
“Saya akan terus sokong perdana menteri walaupun tak diberi apa-apa jawatan, demi kestabilan politik dan kebaikan rakyat,” katanya.
Sementara itu, Syed Hussin pula menyifatkan kenyataan Takiyuddin yang mendakwa wakil rakyat PN yang menyokong Anwar wajar mendapat tempat sebagai ‘positif’.
“Kalau kenyataan beliau minta kerajaan bagi jawatan baguslah maknanya.
“Maknanya saya daripada PN dan dia menyokong, (itu) kenyataan positif daripada Setiausaha Agung PAS..saya menghargai pandangan dia,” katanya.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/19/kami-tak-kejar-jawatan-kabinet-suhaili-beritahu-takiyuddin/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
walaun liPAS fail math ka ..![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sokong pmx sbb nakkan duit peruntukan?
Jika bkn rasuah apa yg harus kita panggil ini?
Dan sprm Masih buat2 x nmpk sbb ha lu pikir lah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 19-12-2023 01:00 PM
Sokong pmx sbb nakkan duit peruntukan?
Jika bkn rasuah apa yg harus kita panggil ini?
Zaman mail sabri pun buat benda yg sama. Time tu kita kena panggil apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 19-12-2023 01:34 PM
Zaman mail sabri pun buat benda yg sama. Time tu kita kena panggil apa?
Knp ko nak petik nama pak mail plk? Knp x ckp Dr zaman tunku Abdul Rahman je. Kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 19-12-2023 02:29 PM
Knp ko nak petik nama pak mail plk? Knp x ckp Dr zaman tunku Abdul Rahman je. Kan senang
Aku setuju saja setiap MP ni diberi peruntukan tak kira parti. Even zaman Tun 2.0, mmg dibagi peruntukan sama rata utk semua MP. Naik si Midin & konco2 penebuk atap, terus depa stop peruntukan utk MP pembangkang. Time tu si Taki ni pun sebahagian dari kabinet. Dia pun setuju dgn tindakan Midin. Sekarang bila benda yg sama kena kat dia, terus melalak zalim. Bodoh ka bangang org mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik punya kan media coverage tuk PN. Bersukur lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 19-12-2023 02:51 PM
Aku setuju saja setiap MP ni diberi peruntukan tak kira parti. Even zaman Tun 2.0, mmg dibagi pe ...
semua mereka yg buat camni semuanya ZALIM...ini peruntukkan untuk rakyat...dalam isu ini nampaknya sapa dan dr parti mana pon melakukannya..semuanya kotor dan zalim. |
|
|
|
|
|
|
|
Itam legam muka xdak Nur sepincing pun |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh nye taki ni....ikut ajaran midin lah ni....asal sokong jer kena bagi jawatan... last2 tak perform pun. Kau focus jer lah jadi pembangkang. Pembangkang skrg bodoh dan malas nak bahas. Makan gaji buta. |
|
|
|
|
|
|
| |
|