|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SELEOW_1702894171.jpg)
Tangki yang disyaki mengandungi minyak diesel yang disyaki diseleweng dan dirampas KPDN. FOTO IHSAN KPDN
Alor Setar: Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit dalam penyelewengan diesel dalam serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kilometer 7 Jalan Alor Setar-Sungai Petani, di sini, semalam.
Dalam serbuan pada 1.40 tengah hari itu, pemeriksaan menemui sebuah treler, satu unit skid tank, satu unit IBC tank dan tiga unit pam di dalam kawasan stor terbabit.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya menerima serahan kes daripada pihak polis pada 6 petang semalam.
Menurutnya, sebanyak 24,000 liter diesel bernilai RM51,600 disita untuk tindakan lanjut.
"Tiga suspek warga tempatan berusia 20-an hingga 60-an direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
Menurutnya, pihaknya memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket penyelewengan barang kawalan.
Katanya, mereka juga boleh didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aki-seleweng-diesel |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|