CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13346|Reply: 0

[Kedah] Pembantu kedai santan terbabit 24 kes pecah rumah ditahan

[Copy link]
Post time 18-12-2023 07:00 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Abu Samah Mohd Noor (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Kegiatan licik seorang lelaki yang terbabit dalam kegiatan pecah rumah di Kubang Pasu dan Kota Setar sejak dua bulan lalu tumpas apabila ditahan polis, Rabu lalu.

Suspek yang juga pembantu kedai menjual santan itu disyaki terbabit dalam 24 kes pecah rumah membabitkan kerugian bernilai lebih RM70,000.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan itu secara solo.

Menurutnya, dalam kejadian terbaru pada 10 Disember lalu, suspek melarikan barang berharga bernilai kira-kira RM10,000 di sebuah rumah di Kepala Batas, Jitra.



Katanya, siasatan mendapati suspek akan melakukan tinjauan terlebih dahulu di kawasan yang dirasakan sesuai dan menyasarkan rumah tiada penghuni.

"Hasil siasatan yang dilakukan membawa kepada penahanan suspek di kedai tempat dia bekerja di Kampung Naga, Kubang Pasu.

"Beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah dirampas antaranya 75 telefon bimbit pelbagai jenama, 4 Ipad, 92 jam tangan, 50 cincin, 36 gelang dan satu beg mengandungi pelbagai jenis siling," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Abu Samah berkata, polis turut merampas sebilah pisau bersarung bersaiz 20 sentimeter (cm) yang diselit di pinggang suspek.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki tempatan berusia 37 tahun di Kubang Pasu.

"Lelaki itu dipercayai pembeli barangan yang diperolehi suspek melalui kegiatan pecah rumah yang dilakukan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pecah-rumah-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.229657 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list