CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7945|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kastam rampas dadah berbahaya jenis Fentanyl bernilai RM44.4 juta

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI MOHAMAD (tengah) menunjukkan barang rampasan 72 botol aluminium yang mengandungi bahan cecair disyaki dadah berbahaya jenis Fentanyl pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Narkotik JKDM Kampung Jijan, Nilai, Seremban di hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.


SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa pada 9 Disember lalu apabila melakukan rampasan dadah jenis Fentanyl seberat 807.9 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM44.4 juta.

Rampasan dadah berbahaya jenis Fentanyl itu merupakan kes pertama dirampas pihak JKDM hasil pemeriksaan yang dijalankan di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 pagi itu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, serbuan yang dijalankan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM itu telah menyita 36 kotak di Kompleks Kargo Udara KLIA, Sepang, Selangor.

“Hasil pemeriksaan lanjut, menemukan 72 botol aluminium yang mengandungi bahan cecair disyaki dadah berbahaya jenis Fentanyl dengan berat kasar 807.9 kg dan nilai anggaran rampasan adalah RM44.4 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Narkotik JKDM, Kampung Jijan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, modus operandi sindiket ini adalah dengan cara membuat pengikraran palsu iaitu mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai sebatian pewangi.

“Tindakan itu bagi mengaburi pihak berkuasa sedangkan di dalamnya terdapat botol aluminium berisi bahan cecair seberat 10 kg yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis Fentanyl.

“Siasatan awal mendapati dagangan tersebut dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA seterusnya akan dihantar ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan laluan udara.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun daripada pemeriksaan lanjut mendapati dadah jenis Fentanyl adalah dadah sangat berbahaya kerana ia 100 kali kuat daripada morfin dan 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroin.

“Bagaimanapun dengan rampasan ini telah berjaya membanteras daripada disalah gunakan oleh lebih kurang empat juta orang penagih dadah daripada menjadi ‘zombi’.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, pada tahun 2023, untuk tempoh bulan Januari hingga November, JKDM telah berjaya memperoleh 389 kes dadah yang melibatkan nilai sebanyak RM294.37 juta.

“Antara dadah dirampas, terdiri daripada heroin, ketamin, kanabis, methamphetamines dan lain-lain jenis dadah,”katanya lagi.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... rnilai-rm44-4-juta/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.180690 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list